Pencinta dessert tidak perlu tercari-cari lagi untuk pencuci mulut yang sedap dengan pelancaran Crème De La Crème (atau lebih dikenali sebagai CDLC). Dengan chef pastri yang dilatih di bawah selebriti dan pakar pencuci mulut terkenal, Christy Tania, CDLC ialah syurga pencuci mulut untuk ais krim yang paling lembut, halus dan sedap. Terletak di Damansara Uptown, Crème De La Crème merupakan pilihan yang sempurna untuk pencuci mulut pada bila-bila masa sahaja.

Crème De La Crème, Syurga Ais Krim Paling Lembut, Halus Dan Sedap

Dengan gabungan reka bentuk dalaman yang bergaya dengan pilihan perabut yang funky, CDLC merupakan lokasi moden yang cukup Instagrammable. Crème De La Crème diasaskan oleh Lio Lim, pencinta ais krim dan dengan bangganya, mengambil serius misi dia untuk membawa ais krim buatan tangan yang terbaik ke Malaysia. Menurut Lio, kepentingan nama “Crème De La Crème” adalah untuk menekankan komitmen syarikat dia untuk mendapatkan cream of the crop.

Crème De La Crème, Syurga Ais Krim Paling Lembut, Halus Dan Sedap

IKLAN

Crème De La Crème, Syurga Ais Krim Paling Lembut, Halus Dan Sedap

Antara contoh di mana CDLC memperibadikan kepercayaan ini adalah melalui usaha dia untuk mengupah chef pastri yang mahir dan penuh semangat, menggunakan bahan-bahan semula jadi yang terbaik dan menggunakan peralatan yang terunggul sahaja untuk menghasilkan ais krim yang berkualiti dan tiada tandingan dalam aspek rasa dan tekstur. “Chef pastri kami mempunyai pengetahuan dan kemahiran teknikal yang sempurna untuk mencipta pint ice cream yang sempurna. Kami hanya menggunakan bahan-bahan yang 100% semula jadi, segar dan berkhasiat. Kami juga bangga tidak menggunakan sebarang bahan pengawet, perasa tiruan atau pewarna dalam ais krim kami,” kata Lio.

IKLAN

Dengan tawaran sebanyak 18 perisa ais krim yang menarik, CDLC mendapatkan inspirasi daripada makanan tempatan untuk mencipta perisa yang menarik (dan yang menimbulkan rasa nostalgia) seperti Musang King, Pandan Kaya Toast, Barley Lime, Teh Tarik dan banyak lagi.

IKLAN

Crème De La Crème, Syurga Ais Krim Paling Lembut, Halus Dan SedapSelain daripada ais krim, Crème De La Crème juga menawarkan Petits Gâteaux (kek ais krim)
yang artistik. Setiap kek yang dihasilkan merupakan karya seni yang cantik dan rumit; sesuai
untuk Instagram… namun, kek ini mungkin terlalu cantik untuk dimakan.

Crème De La Crème, Syurga Ais Krim Paling Lembut, Halus Dan Sedap
Crème De La Crème, Syurga Ais Krim Paling Lembut, Halus Dan Sedap

Crème De La Crème, Syurga Ais Krim Paling Lembut, Halus Dan Sedap
Crème De La Crème, Syurga Ais Krim Paling Lembut, Halus Dan Sedap
Crème De La Crème, Syurga Ais Krim Paling Lembut, Halus Dan SedapWaktu operasi:
Ahad – Khamis : 12pm – 11pm
Jumaat & Sabtu : 12pm – 12am

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI