Creampuff Custard Gebu Gebas. Sedapnya Tak Terkata

Share

Creampuff Custard gebu gebas ini sedap tak terkata rasanya. Manisan pencuci mulut yang digemari tanpa mengira usia.

Senang jadi pilihan kalau ada sebarang jamuan. Intinya (filling) boleh dipelbagaikan ikut selera masing-masing.

Boleh cuba resioi yang dikongsikan oleh puan Izz Aishah

ini ye. Selamat mencuba.

Creampuff Custard Gebu Gebas

Bahan-bahan:

250 ml air

100 gram marjerin (cap Pelangi)

125 gram tepung gandum – boleh beli online di sini

3 biji telur (gred B)

1 sudu kecil esen vanilla – boleh beli online di sini

Bahan Custard filling:

250 ml susu cair/Susu full cream – boleh beli online di sini

3 sudu besar tepung kastard – boleh beli online di sini

5 sudu besar gula (kalau tak nak manis sangat boleh kurangkan) – boleh beli online di sini

1 sudu kecil esen vanilla – boleh beli online di sini

Cara Memasak:

Untuk membuat kulit creampuff; Masukkan air dan marjerin dalam periuk, Masak sampai marjerin tu larut dalam air dan mendidih.

Bila dah mendidih, tutup api dan masukkan tepung kacau laju-laju sampai tepung dah tak lekat pada periuk. Biarkan sampai tepung suam, lepas itu masukkan telur dan esen vanilla. Pukul guna mixer sampai semua sebati.

Sapukan loyang dengan marjerin. Masukkan adunan tadi dalam piping plastik, ( kalau ada acuan pakai lah acuan). Paipkan dan susun ke dalam loyang serta jarak-jarakkan. Sebabnya nanti creampuff akan mengembang. Akhir sekali, sembur dengan air.

Bakar suhu 180C selama 35 minit. Warnanya akan bertukar jadi kekuningan. Bila dah masak, keluarkan dan sejukkan.

Untuk membuat filling/inti; masukkan susu, gula, tepung kastard dan esen vanilla ke dalam satu periuk. Kacau dan buka api perlahan.

Masak sampai filling tu mendidih dan kental. Sejukkan sebentar dan boleh masukkan dalam kulit creampuff. Nak cantik boleh bubuh snow powder, itu untuk hiasan je.

SERTAI TELEGRAM GENG RASA SHARE RESIPI 

Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @RASA dan Youtube Majalah RASA Official

 

 

 

 

 

IKLAN