Corndog Viral. Snek Petang Sedap, Mudah & Mengenyangkan.

Share

Corndog antara snek street food Korea yang sedang viral sekarang ini di Malaysia. Resipinya telah diolah dan sedikit berbeza dari resipi negara asal namun rasanya tetap sedap. Nak cuba buat untuk anak-anak? Resipi perkongsian saudari Eqin Raziqin

ni antara yang mudah untuk dicuba.

 

RESIPI CORNDOG VIRAL HOMEMADE

BAHAN-BAHAN:

  • 10 keping roti sandwic | gelek nipis
  • 5 batang sosej | potong 4
  • 1 biji telur
  • Keju mozarella blok | potong petak
  • Serbuk roti secukupnya
  • Lidi
  • Sedikit bancuhan tepung gandum | untuk melekatkan hujung roti

CARA MEMASAK:
1. Ambil lidi dan cucuk keju bersama potongan sosej secara berselang-seli.

2. Gulung keju dan sosej dengan roti yang telah digelek tadi. Lipat sedikit bahagian hujung supaya keju tidak keluar apabila digoreng.


3. Lekatkan hujung roti menggunakan bancuhan tepung gandum.
4. Celup gulungan roti ke dalam bancuhan telur hingga rata.
5. Salut pula dalam bekas berisi serbuk roti. Lakukan hingga habis bahan.

6. Panaskan minyak dan goreng hingga garing.
7. Angkat, toskan minyak dan bolehlah dinikmati bersama sos cili dan mayones.

Kredit resipi & foto: Eqin Raziqin

IKLAN