Cookies Ala Ala Famous Amos Rangup

Share

Seperti yang dijanjikan chewah, haja nak share resipi cookies yang super duper sedap ni. Nak tahu sedap ke tak korang WAJIB la try.Bahan simple, mudah, Cara buat kalau takde mixer pun takpe. Kita kacau guna senduk kayu je.

BAHAN A
250 gm butter (jenama lurpak)
120-130 gm brown sugar
1 biji kuning telur
2 sudu teh susu segar full cream jenama Dutch lady
1 sudu teh Essen vanilla (imported Essen vanilla lebih wangi)
BAHAN B
300 gm tepung diayak dulu ( haja guna self raising flour) Nak guna tepung gandum pun boleh tapi kena tambah baking powder (serbuk penaik)
BAHAN C
200 gm CHOC CHIP
Cara memasak:
1. Pukul butter yang dah agak lembik( biarkan sekejap suhu bilik) . Pukul butter bersama brown sugar. Kacau adunan sehingga sebati, nampak creamy dan, bertukar warna sedikit. 2. Masukkan telur kuning, esen vanilla dan susu (BAHAN A) Pukul sehingga tiada lagi ketulan gula (sikit2 tu kira halal la). 3. Campurkan BAHAN B (tepung ) ke dalam aduanan tadi. Gaul sehingga sebati. Biar adunan jadi MESRA. 4. Last sekali boleh masukkan semua choc chip. Yumeeeh! Gaul biar sebati semuanya. Senangkan? Ok bab bakar kena kenali oven dulu. Oven jenis built in (my oven) 150 , 30 Minit (ni memang ranggup la) ranggup ye bukan hangit🤣
Kalau oven yang lebih kecil boleh cuba dulu 140 darjah, 30 Minit .Make sure PANASKAN OVEN dulu sebelum Bakar cookies. Katakan nak guna piping beg pun boleh. Rujuk gambar piping beg kat bawah) Lepas tu boleh terus piping atas Loyang. Siap!!! Tunggu sejuk sikit dah boleh makan. Makan ni confirm tak makan sesikit. Nak buat cookies Raya pun boleh.
Kredit resipi & foto: Haja Saleh
IKLAN