Claypot Chicken Rice Chinese Style Terpaling Simple Oleh Oppa Zuzu

Share

Viral sekarang Nasi Ayam Claypot tak halal kan?Mesti ramai nak tahu kenapa orang ramai pergi makan mestilah sebab sedap kan.Mari sini nak share resepi yang halal dan korang pasti boleh buat. Jom masak ikut resipi di  @ezzuchang .Tambah sup kosong pun sedap.

CLAYPOT CHICKEN RICE

Bahan-bahan:
  • Beras
  • Chicken Stock
  • Ayam
  • Kicap Serbaguna Oppa Zuzu
  • Garam
  • Minyak bijan
  • Daun bawang
  • Halia
  • Ikan masin tenggiri
  • Kicap pekat
  • Minyak bawang
Cara memasak:

1. Masukkan daun bawang,halia,kicap char kuew teow ke dalam ayam. Kalau kuat masin boleh lebihkan kicap dan garam sikit.Kicap letak dua sudu dan 1/2 sudu kecil garam.Masuk satu sudu tepung jagung.Kemudian gaulkan sampai sebati.
2.Letakkan sedikit minyak bijan dalam 1 sudu, kemudian gaul.Perap selama sejam.
3.Basuh beras lebih kurang setengah mangkuk kecil. Rendam selama sejam atau setengah jam.
4.Nak lagi sedap gunakan chicken stock.Kalau tak ada gunakan air biasa dan masukkan dalam beras tadi.Masak selama 5 minit.


5.Kemudian masukkan ayam yang sudah diperap tadi, cendawan butang dan kuah kicap perapan tadi.
6.Masak lagi selama 10 minit.
7.Sementara itu goreng ikan tenggiri masin. Ia paling sesuai untuk Claypot Chicken Rice.


10.Dah 10 letakkan kicap dan minyak bawang.Letakkan ikan masin tadi. Tabur daun bawang.Kemudian tutup sekejap selama 5 minit.
11. Siap untuk dinikmati.Lagi sedap makan dengan cili potong.

Video penuh:

 

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

 

 

 

IKLAN