Rasa sayang nak buang lebihan kuah rendang ayam atau daging, sambal ikan atau telur . Jadi anda hanya perlu kreatif sedikit untuk mencipta menu baru supaya lebihan kuah dan sambal ini boleh dimanfaatkan dengan menu baru yang sedap. Secara tidak langsung, ia menggelakkan pembaziran dan menjimatkan masa memasak di dapur.

Berikut cadangan menu yang boleh anda masak hasil dari lebihan kuah atau sambal:-

 Cipta Menu Baru Dari Lebihan Kuah & Sambal,  Idea Bagus Korang Boleh Cuba.

Kuah Rendang

Lebihan kuah rendang  ayam atau daging, anda boleh  jadikan pes untuk nasi goreng.  Anda hanya perlu tumiskan semula kuah ini dan masukkan nasi di dalamnya, gaul rata dan perasakan dengan sedikit garam jika perlu. Boleh juga tambah sedikit sayur dan hirisan cili jika suka. Atau kuah rendang juga sedap dimasukkan dalam telur goreng hancur, ia menjadikan telur yang digoreng lebih sedap.

 Cipta Menu Baru Dari Lebihan Kuah & Sambal,  Idea Bagus Korang Boleh Cuba.

Sambal Merah

IKLAN

Kalau masak sambal ikan, tapi ikannya sudah habis tapi sambal masih ada, jangan buang ye.Anda boleh olah sedikit untuk buat telur goreng atau rebus dengan citarasa tiga rasa. Apa perlu anda lakukan, panaskan sedikit minyak, tumis hirisan bawang besar dengan serai titik, tomato yang dipotong dadu dan hirisan daun limau purut. Kemudian tambahkan dengan lebihan kuah sambal tadi serta sedikit sos cili dan plum, gaul rata dan masukkan telur yang siap di goreng atau rebus. Jika kurang masin boleh tambah secubit garam. Maka jadilah menu baru Telur Berlada Tiga Rasa.

 Cipta Menu Baru Dari Lebihan Kuah & Sambal,  Idea Bagus Korang Boleh Cuba.

Kuah Kari Daging /Ayam

Sayang kalau anda buang lebihan kuah kari daging atau ayam.  Sebenarnya anda boleh gunakan kuah ini untuk campuran dalam penyediaan inti kentang karipap. Caranya mudah saja, anda hanya perlu sediakan kentang yang dipotong dadu kecil, sedikit bawang besar cincang, bawang putih cincang halus dan daun kari.  Kemudian tumis, bawang besar dan putih serta daun kari hingga wangi. Masukkan kentang dan kacau rata, diikuti dengan kuah kari tadi. Kacau rata hingga kentang empuk dan kuah kering. Tambahkan perasa seperti garam dan gula jika perlu. Tak perlu tambah ayam atau daging lagi, sebab kuah tadi sudah ada rasa ayam atau daging.

 Cipta Menu Baru Dari Lebihan Kuah & Sambal,  Idea Bagus Korang Boleh Cuba.

IKLAN

Sambal Hijau

Ikan Sambal Hijau, ikan sudah habis, tapi lebihan sambalnya masih ada. Jangan buang, jadikan ia   Tukar je dengan udang. . Anda hanya perlu goreng udang, kemudian tumiskan hirisan bawang besar dan sedikit kacang pis.  Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bawang tadi hingga wangi kemudian masukkan udang goreng dan kacang pis dan lebihan sambal hijau tadi, kacau rata supaya sebati, jika kurang rasa tambahkan perasa dengan sedikit garam dan gula. Akhir sekali tutup dan hidangkan.

 Cipta Menu Baru Dari Lebihan Kuah & Sambal,  Idea Bagus Korang Boleh Cuba.

Kuah Pecal

IKLAN

Jika sayur-sayuran untuk pecal sudah habis tapi kuahnya masih berbaki, jangan buang. Anda boleh gunakan  untuk jadikan sambal pencicah cucur udang dan cucur sayur.  Caranya Anda hanya perlukan  sedikit bawang merah dan putih yang di kisar, kemudian tumis hingga wangi. Kemudian masukkan kuah kacang tadi dan tambahkan sedikit air. Biarkan mereneh dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.

 Cipta Menu Baru Dari Lebihan Kuah & Sambal,  Idea Bagus Korang Boleh Cuba.

Kuah Spageti Balognes

Percaya atau tidak lebihan kuah balognes boleh digunakan sebagai perencah untuk Nasi Tomato. Anda yang perlu tambah satu atau dua biji tomato cincang,  sedikit bawang Holland, halia dan mentega. Caranya mudah sahaja, panaskan mentega dan tumis bawang Holland dan halia. Kemudian masukkan lebihan kuah balognes, kacau rata dan masukkan beras yang telah direndam, seterusnya tambahkan air, tomato cincang serta garam secukupnya. Biarkana nasi masak seperti biasa.

 

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI