Siapa yang tak suka cinnamon roll gebu dan wangi kayu manis? Biasanya kalau teringin nak makan, kenalah beli di kedai. Tapi menerusi perkongsian saudara Adri Oppa ini, puan-puan boleh cuba buat sendiri di rumah. Lebih menarik, resipi ini sangat mudah dan tak perlu guna mixer pun — hanya uli dengan tangan sahaja! Hasilnya tetap lembut, gebu, dan penuh aroma. Memang berbaloi cuba.
Resipi Cinnamon Roll Sedap & Mudah Uli Tanpa Mixer


Resipi ini sesuai untuk pemula dan juga yang dah biasa buat roti. Tak perlukan peralatan mahal, cukup dengan bahan asas dan sedikit kesabaran. Jom lihat bahan-bahan dan cara membuatnya.
Bahan A:
- 3 1/2 cawan tepung gandum atau tepung roti
- 1/4 cawan gula halus
- 2 sudu teh yis
- 1 biji telur gred A
- 1/4 cawan mentega
- 1 1/4 cawan susu segar
- 1–2 cubit garam
Bahan-bahan Lain:
- 1 cawan kismis atau buah campuran — dicincang
- 1 cawan gula merah + 1 sudu teh serbuk kayu manis
- 1/2 cawan mentega cair
Cara Membuat Cinnamon Roll Homemade
- Satukan tepung, gula halus, garam dan mentega. Gaul guna hujung jari (kaedah ‘finger tip’) sampai mentega bergaul rata dengan tepung. Masukkan yis.
- Masukkan telur dan susu segar. Adun dan uli dengan tangan hingga jadi doh dan tidak melekat pada mangkuk.
- Rehatkan doh selama 30 minit kemudian leperkan doh menjadi bentuk petak. Pastikan doh tidak terlalu nipis.
- Sapukan mentega cair di atas doh dan tabur gula merah yang telah digaul dengan serbuk kayu manis. Ratakan.
- Taburkan juga kismis atau buah campuran. Gulung doh seperti membuat kek gulung.
- Kelim atau matikan bahagian hujung doh. Potong doh dengan ketebalan yang sekata.
- Susun doh di atas loyang dan biarkan doh rehat sehingga kembang.


- Bakar doh pada suhu 180°C selama 25–30 minit sehingga keperangan atau sedikit kecoklatan.


- Siap untuk dinikmati! Nikmatilah cinnamon roll buatan sendiri yang lembut dan beraroma ini.




Tip Tambahan:
- Gunakan susu segar suhu bilik supaya doh cepat naik.
- Pastikan oven dipanaskan lebih awal untuk hasil bakaran sempurna.
- Jika suka manis, boleh tambah sedikit aising di atas cinnamon roll selepas masak.
Resipi ini dikongsikan oleh Adri Oppa dan telah mendapat banyak pujian daripada mereka yang mencuba. Cuba hari ini. Pasti tak menyesal!
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA: