Cikgu Afy Kongsi Resipi Lamb Chop Lengkap Dengan Sos Black Pepper Sedap Giler!

Share

Bagi yang mengenali Cikgu Afy, pasti tahu yang wanita ini sangat suka berkongsi resipi di laman facebook miliknya. Resipi yang dimasak bukan calang-calang. Semuanya lengkap berinformasi dan nampak menyelerakan! Bagi anda yang menggemari hidangan Lamb Chop, boleh cuba resipi perkongsian Cikgu Afy ni. Memang nampak sedap! Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.

 

RESIPI LAMB CHOP CINTA

BAHAN PERAP DAGING ( 3 KEPING)

  • 3 sudu makan sos lada hitam
  • 3 sudu makan serbuk keju/cheese ( dalam plastik. Boleh didapati di kedai bakeri)
  • 1 sudu makan sos spageti cendawan
  • 3/4 sudu makan lada hitam kisar
  • 1/2 sudu teh parsley flakes

 

CARA MEMERAP:

  1. Satukan semua bahan perapan dalam bekas besar.
  2. Lumurkan pada kepingan daging kambing yang telah dicuci bersih tanpa darah beku.
  3. Perap selama 8 jam untuk hasil yang terbaik.
  4. Perapan tidak perlu ditambah garam kerana serbuk keju sudah memberikan rasa.
  5. Jika perap daging semalaman, kena simpan dalam peti sejuk di bahagian bawah.

 

CARA MEMANGGANG:

1. Panaskan 3/4 sudu makan planta di atas pan dan susun daging yang diperap dengan teliti.

2. Masak menggunakan api yang agak besar. Daging harus sentiasa dibalik-balikkan. Anggaran masa memasak adalah 10-15 minit.

3. Pastikan konsistensi daging tidak garing kering dan masih berjus serta lembut.

4. Sebelum diangkat, boleh layurkan daging sekejap di atas api gas. Ia bertujuan untuk menaikkan bau daging. Jika tak suka, boleh abaikan langkah ini.

 

 

RESIPI SOS BLACK PEPPER

BAHAN-BAHAN:

  • 3/4 sudu makan planta
  • 1 ulas bawang putih | racik halus
  • 1 tin sos spageti keju (250gm)
  • 1/2 tin air suam
  • 1 1/2 sudu makan serbuk keju
  • 1/2 sudip kicap lemak manis
  • 3/4 sudu makan serbuk lada hitam kisar
  • 3/4 sudu teh gula

 

CARA MEMASAK:

1. Cairkan planta menggunakan api kecil sahaja. Kemudian masukkan bawang putih. Tumis sehingga naik bau.

2. Seterusnya masukkan sos spageti keju dan juga air suam.

3. Masukkan serbuk keju dan kicap lemak manis.

4. Tambahkan juga serbuk lada hitam kisar dan gula. Bagi mengelakkan sos terlebih manis, tambahkan gula sedikit demi sedikit sambil dirasa.

5. Kacau sos hingga sebati dan padamkan api. Sedia untuk dinikmati bersama daging tadi.

6. Bagi melengkapkan hidangan, boleh disajikan bersama kentang goreng, sos cili, mayones, jagung rebus dan juga coleslaw.

Kredit resipi & foto: Afy AL Habibi

IKLAN