Jika anda penggemar hidangan pasta, resipi perkongsian dari Chef Sue M Arukin ini tentunya wajib dicuba. Hanya menggunakan tomato ranum dan beberapa bahan mudah lain, anda boleh hasilkan stok sos tomato yang sangat enak ini. Lebih istimewa, ia juga boleh disejukbekukan dan digunakan pada bila-bila masa. Sangat mudah, lebih sihat dan menjimatkan. Jika suka, boleh je tambah sayur-sayuran seperti lada benggala, cendawan, lobak merah, daging, isi ayam kisar ataupun aneka makanan laut kegemaran. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
SOS SPAGETI HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
2kg tomato ranum
2 labu bawang putih | dikisar kasar
Daun thyme segar /kering secukupnya
Daun parsley segar/ kering secukupnya
Oregano segar/kering secukupnya
Serbuk lada hitam dan lada sulah secukupnya
Garam dan gula perang secukup rasa
Minyak zaitun untuk menumis
1/2 cawan tomato puri – jika suka
CARA MEMASAK:
1. Bersihkan buah tomato dan kelar seperti dalam gambar.
2. Kemudian panaskan air dan celur buah tomato tadi untuk memudahkan proses membuang kulitnya.
3. Bila kulit tomato sudah terkupas, angkat dan masukkan ke dalam air berisi ais untuk hentikan proses memasak.
Ads
4. Kupas kulit tomato hingga habis.
5. Cincang kasar tomato tadi dan kisar dalam food processor atau blender. Namun jangan sampai terlalu halus dan lumat. Jika tiada mesin, boleh cincang menggunakan tangan sahaja.
Ads
6. Panaskan 2 sudu makan minyak zaitun menggunakan api kecil. Kemudian tumis bawang putih hingga wangi. Pastikan bawang tidak hangit.
7. Kemudian masukkan kisaran buah tomato tadi. Gaul rata.
8. Jika suka, boleh tambahkan tomato puri. Ia bertujuan menjaidkan sos pasta menjadi lebih merah dan kelihatan menarik. Biar kuah mendidih.
9. Seterusnya tambahkan parsley, thyme dan oregano dengan secukupnya.
Ads
10. Akhir sekali, perasakan dengan serbuk lada hitam, lada sulah, garam dan gula perang dengan secukup rasa.
11. Kacau rata dan biarkan pasta hingga mencapai tahap kepekatan yang anda suka.
12. Sedia dihidangkan bersama aneka pasta kegemaran.
INFO: Jika tiada thyme, oregano dan parsley segar, boleh juga gunakan bahan-bahan tersebut yang telah dikeringkan. Boleh juga guna italian herbs.
Ringkas yang sedap bila menikmati Kuatiau Sup Fishball ini, terasa segar dengan supnya yang jernih tapi cukup rasa dengan campuran isiannya ringkas. Tambah sambal kicap atau cili memang terbaiklah. Sesuai ini untuk hidangan makan malam yang simple untuk anda sekeluarga, untuk resipi, ada disediakan di bawah ye.
KUETIAU SUP FISHBALL BAHAN-BAHAN; 1 potong isi ayam + sedikit bahagian tulang | hiris 1 pek kuetiau | celur sekejap kemudian tos 1 pek kecil fishball | belah dua 1 pek kecil fishcake | hiris nipis 1 kiub pati ayam Garam secukup rasa Air secukupnya BAHAN TAMBAHAN: Cili Kicap Minyak bawang ptuih Sawi | potong dan celur sekejap 1 mangkuk tauge | bersih dan buang ekor
CARA MEMBUAT:
Masukkan air dalam periuk secukupnya dan rebus isi ayam dan tulang hingga mendidih.
Kemudian campurkan fishball dan fishcake ke dalamnya.
Masukkan kiub pati ayam dan garam secukup rasa.
Tutup api.
Sediakan pula minyak bawang putih, caranya hiris satu labu bawang putih kemudian goreng dengan 3 sudu makan minyak menggunakan api perlahan. Goreng hingga kekuningan dan wangi. Tutup api.
Untuk sediakan cili kicap, bakar seulas bawang putih, ketuk sedikit dan masukkan ke dalam bekas. Hiris cili padi, kemudian masukkan dalam bekas bawang putih tadi dan tuangkan kicap manis. Perahkan sedikit jus limau nipis.
Masukkan kuetiau dalam mangkuk, tuangkan sup di dalamnya, hias atas dengan sawi celur dan tauge. Untuk aroma, tuangkan sedikit minyak bawang putih.
Untuk lebih sedap dan kaw, tambah hirisan cili kicap dan makan panas-panas.
Ada yang teringin nak makan laksa hari ni? Jom cuba buat Laksa Utara. Sekali cuba, pasti tidak menyesal. Kuah yang enak, pekat berperisa. Sekali cuba, memang layan habis! Berikut adalah bahan-bahan yang anda perlukan.
RESIPI LAKSA UTARA
BAHAN-BAHAN:
1/2 kg ikan sardin segar
BAHAN A (KISAR HALUS)
2 biji bawang besar | potong 4
5 biji cili padi | optional
2 biji cili merah besar | potong 3
Segenggam cili kering | direbus
Sedikit belacan | jika suka
Nota: Jika mahu pedas, lebihkan cili kering
BAHAN B:
2 kuntum bunga kantan | belah dua & ambil sekali dengan batang
Secekak daun kesum
2 keping asam gelugur
CARA MEMASAK:
1.Rebus kosong ikan yang telah siap di cuci bersih. Ambil isi dan asingkan tulang temulang. Kisar isi ikan jangan terlalu hancur. Gunakan air rebusan ikan untuk mengisar . Ketepikan.
2. Kemudian masukkan tulang ikan ke dalam pengisar. Masukkan air rebusan ikan dan kisar hingga hancur. Tapis dan masukkan ke dalam bekas berasingan dengan kisaran isi ikan tadi.
3. Untuk menyediakan kuah, panaskan sedikit minyak dan tumis bahan A hingga garing. Kemudian masukkan bahan B. Gaul rata.
4. Kemudian masukkan isi ikan yang telah dikisar. Gaul lagi hingga sebati.
5. Masukkan air kisaran tulang ikan yang telah ditapis. Kacau rata.
6. Tambah lebihan air rebusan ikan yang telah ditapis.Kepekatan bergantung pada cita rasa masing-masing. Kacau dan biarkan mendidih. Masukkan garam, gula dan serbuk perasa secukupnya. Biarkan mendidih.
7. Sambil tunggu kuah laksa siap, didihkan air dan rebus laksa serta telur hingga masak. Setelah laksa empuk dan kenyal, toskan airnya.
8. Siap untuk dihidangkan. Laksa boleh dihidangkan bersama ulam-ulaman seperti salad, hirisan bawang, cili padi, timun, limau kasturi dan nanas.
Selamat mencuba!
Nota: Resipi ini sesuai dihidangkan untuk 5-6 orang makan.
Pernah cuba menu Bihun Kungfu? Sedap tau…Anda patut cuba. Biasanya kalau ke gerai makan, menu Kuetiau Kungfu adalah menu yang digemari ramai. Malah sudah biasa. Tapi kali ni apa kata anda cuba menu Bihun Kungfu pula. Masak sendiri secara homemade memang sedap. Satu keluarga boleh makan. sebenarnya boleh je masak menu ni di rumah secara homemade. Hasilnya lebih istimewa dan sedap. Kos pun tak mahal. Jom cuba resipi perkongsian saudari Rozmaliza Omar ni. Pasti puas hati.
RESEPI BIHUN KUNGFU YANG SANGAT SEDAP
BAHAN-BAHAN: 1/2 bungkus bihun – digoreng dalam minyak panas seperti bihun soto 2-3 ulas bawang putih cincang – beli online disini Isi ayam secukupmya Fishcake secukupnya Udang – jika suka Kailan secukupnya Hirisan lobak merah secukupnya Bunga kubis secukupnya 1 kiub pati ayam – beli online disini Serbuk lada sulah secukupnya – beli online disini 1 sudu makan tepung jagung (tambah sedikit air) – beli online disini 1 biji telur – dipukul
CARA MEMASAK: 1.Panaskan minyak masak dan masukkan bihun. Goreng hingga bihun kembang. Toskan. Buat hingga habis. 2.Panaskan sedikit minyak masak, tumis bawang putih hingga wangi. 3. Masukkan isi ayam dan udang (jika suka). Tumis hingga ayam empuk.
4. Kemudian masukkan air, kiub pati ayam, garam dan lada sulah dengan secukupnya. 5. Seterusnya masukkan hirisan lobak merah dan juga bunga kubis. Masak lagi hingga lembut.
6. Masuk hirisan kailan dan fishcake, diikuti tepung jagung. Teruskan masak hingga kuah sedikit likat.
7. Tuang telur, kacau perlahan. 8. Letak bihun yang telah digoreng ke dalam pinggan dan tuang kuah Kungfu diatasnya. 9. Bihun Kungfu siap disediakan dan sedia untuk dinikmati. Enak dimakan panas-panas bersama cili jeruk.
Jimat dan mudah! Pelajari cara membuat sabun pencuci pinggan limau kasturi buatan sendiri yang berkesan menanggalkan minyak dan tahan berbulan-bulan. Panduan lengkap langkah demi langkah.