Ada banyak kisah menarik yang dilalui Chef Pastri, Abu Hamidy Abu Samah di Hotel Royale Chulan , Jalan Conlay KL. Kalau nak tahu dia bekerja seawal usia 18 tahun dalam bidang ini. Bagi yang minat pastri, Chef ni seharusnya mencetus motivasi pelajar yang sedang menuntut bidang ini.
Chef Pastri, Abu Hamidy Abu Samah
Mula bekerja sebagai Pembantu Tukang Masak di sebuah restoran, kariernya terus ‘bersinar’ apabila dapat mengembangkan bakat dan kemahiran di hotel-hotel bertaraf lima bintang sebelum menyertai hotel terkini Royale Chulan, KL.
Sebaik menjejaki kaki di sini , Hamidy , 31 tahun terus mencabar dirinya menjadi lebih kreatif dan makin ligat menghasilkan pelbagai menu pastri dan bakeri yang baharu dengan gaya sentuhannya tersendri.
Yang pasti persembahan pasteri dan kek yang berwarna warni dan rasa yang sedap menjadi salah satu tarikan pengunjung ke hotel ini. Dalam mencipta resipi baru Hamidy juga memberi olahan dan inovasi baru dalam setiap menunya.
Ads
Pandan Mango Magnum, menu baru insprasi dari ais krim
“Asalnya minat sebenar saya adalah pada seni hiasan dalaman. Minat seni inilah yang menarik saya ‘masuk’ pastri, sebab saya boleh mencipta dan memberi sentuhan seni dalam bidang ini.Saya berpegang kepada tiga prinsip penting dalam membuat pasteri iaitu rasa, idea dan dekorasi bagi menghasilkan yang terbaik.
Satu lagi olahan baru oleh Chef Hamidy, Chocolate Chip Cookies Cheese Cake
Orang ramai kini pentingkan kesihatan. Jadi saya kena kaji untuk membuat resipi yang dikurangkan sukatan gula tanpa menjejaskan kesedapannya. Rasa manisnya perlu ‘natural’ tidak berlebihan manisnya,” ujarnya
Di antara pencapaian Chef Abu Hamidy adalah dia pernah menyertai pasukan Chef dari Hotel Hilton ketika itu mewakili Malaysia di Bangkok dan memenangi Pingat Perak dan Gangsa untuk ‘Battle Gourmet Chef pada 2009. Mendapat anugerah Kek Terbaik dalam satu cabaran bufet.
Ads
Pasukan pastri yang mantap, kerja berpasukan amat penting
Pengalaman bekerja juga memberi peluang kepadanya untuk ‘menuntut’ ilmu pastri dari Chef Perancis Chef Benoit Cargy, Chef Fodil Baghal. Juga dari Chef dari Jepun dan juga Malaysia. Berasal dari Johor Bahru, baginya setiap hotel tempat dia bekerja banyak membentuk kemahiran dirinya sekarang.
Nah, ini dia senarai pengalaman kerjayanya. Tiada jalan pintas untuk mendapat segala ilmu yang digilapnya hingga kini.
Ads
1. 2004- 2006, Pembantu Tukang Masak, The Taat Restaurant 2. 2006-2008, Pembantu Dapur, The Zone Hotel, Johor Bahru 3. 2008-2011, Commis 2 Coffee House Restoran Sudu, 1 1/2 tahun dan 2 tahun dalam pastri, Hotel Hilton KL 4. 2011, Commis 2, Coffee House Latest Recipe, Hotel Le Meridian, KL 5. 2011-2013, Commis 1, Hilton KL 6.Feb 2013- Dis 2013, Chef de Partie (pastri), Mas Awana (anak syarikat Malaysia Airline MAS) 7. 2014- 2051,Penolong Pastri Chef, Hotel Pullman, KL 8. 2015-2016, Pastri Sous Chef, Harrods KLCC 9. Ogos 2016 -Nov 2017, Pastri Sous Chef, St Regis Hotel KL 10.2017-2018, Chef Pastri, Doubletree, Hilton Melaka 11. Kini 2018, mengetuai pasukan pastri, Hotel Royale Chulan, Jalan Conlay KL
Pada bulan Mei ini Chef Abu Hamidy akan menyertai pertandingan antarabangsa dan menjadi kapten pasukan untuk bufet dessert dan bakeri di Turki. Dan dia juga telah mendaftar untuk membangunkan projek gastromonia iaitu projek amal membantu dan membimbing orang miskin melalui ilmu makanan. Syabas, RASA ucapkan pada Chef Hamidy.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Sayangnya, pasta yang korang masak untuk hidangan makan malam tak habis. Eh… jangan buangkannya, ia membazir, baik simpan untuk sarapan esok. Tapi boleh ke? Jawapannya boleh.
Memang ada sesetengah makanan akan berubah rasanya dan tidak lagi fresh seperti mana baru dimasak bila dipanaskan semua. Tetapi untuk pasta, ini satu tip paling senang RASA ingin kongsikan supaya lebihan pasta itu boleh dijadikan bekal untuk anda bawa ke tempat kerja atau bekal anak ke sekolah.
Caranya mudah sahaja, agar pasta yang anda panaskan tidak menjadi lembik, kering atau berminyak.
Renjis Air Atas Pasta:
Pertama, apa perlu anda lakukan ialah merenjiskan air ke atas pasta, kemudian masukkan dalam ketuhar gelombang untuk tujuan memanaskannya. Percikan air tersebut membantu pasta kekal segar semasa dipanaskan.
Panaskan Guna Api Sederhana:
Kedua, bila anda menggunakan dapur biasa, cara paling mudah masukkan pasta dalam kuali. Kemudian panaskan menggunakan api sederhana kecil dan tambahkan ke dalamnya sedikit cairan mentega atau minyak zaitun. Sambil itu anda perlu terus mengacaunya agar lembab sekata.
Tambahkan Sedikit Sos:
Ketiga, jika masih kering tambahkan sedikit sos dan gaul lagi. Sangat mudah dan anda boleh praktikkan tanpa berlaku pembaziran.
Jika beli kek bulat bersaiz kecil dan untuk dinikmati oleh beberapa orang sahaja, cara memotong yang biasa berbentuk tiga segi mungkin tidak memberi apa-apa masalah. Namun, macam mana pula jika kek yang bersaiz sederhana tetapi untuk dihidangkan kepada tetamu yang ramai ataupun yang jumlahnya tidak dapat pasti?
Situasi ini biasa terjadi terutamanya di majlis-majlis sambutan hari jadi, majlis jamuan sekolah dan sebagainya. Jika majlis itu dihadiri oleh kanak-kanak, lagilah serba salah dibuatnya. Maklumlah, budak-budak ni memang suka kek walaupun makannya bukan banyak sangat.
Jika dipotong saiz tiga segi, mungkin boleh tetapi bimbang pula tak habis dimakan. Malah lebihan kek yang dah dipotong tu mesti nampak kurang menarik. Segan pula nak hidang untuk tetamu yang datang lambat.
Ada penyelesaian mudah yang boleh membantu anda iaitu dengan menukar cara pemotongan. Menurut Katherine Sabbath; seorang pakar kek dari Australia, beliau tertarik dengan cara pemotongan kek yang dilakukan oleh salah seorang kawannya.
Unik! Kek yang biasanya dihidangkan 6-8 hidangan jika dipotong tiga segi, kini anda boleh hidangkan hingga 30 hidangan dengan teknik memotong sebegini.
Menarik bukan? Sangat sesuai dipraktikkan lebih-lebih lagi dimusim jamuan akhir tahun ni kerana pasti ramai anak-anak yang bawa kek ke sekolah. Potongan sebegini nampak lebih kemas malah tak membazir. Selamat mencuba!
Siapa nak belajar masak ? Cuti sekolah ni mesti adik-adik banyak masa lapang. Kalau terasa nak cari duit poket , apakata belajar buat pasteri, cookies dan lauk pauk . Nanti bila dah mahir tu boleh buat tempahan on line. Ni Min kongsi info mengenai Dyra Bakery & Academy .
Bermula dari bakeri, pemiliknya Zaiton Ismail mengembangkan lagi perniagaannya dengan membuka kelas masakan yang bermula dari Disember 2017. Usahawan dan tenaga pengajar ini mahu berkongsi ilmu masakan yang dimilikinya dengan sesiapa yang berminat supaya dapat membuka peluang kerjaya kepada golongan muda mahupun berusia untuk menjana pendapatan sambilan atau sepernuh masa.
Misinya murninya adalah untuk melahirkan orang yang berilmu dan miliki skil mantap menghasilkan juadah dan juga bakeri.Tiada batasan had umur, sesiapa juga boleh mengambil peluang menyertai kelas masakan di akademi yang mempunyai empat tenaga pengajar yang berpengalaman dalam ilmu masakan.
Peserta berusia 16 hingga 60 tahun boleh menyertainya mengikut minat dan kecintaan mereka dalam bidang masakan.
Kelas-kelas yang disediakan adalah kelas roti yang mengajar membuat lima jenis roti iaitu mexican bun, chicken floss, roti kaya dan roti golok. Kelas muffin pula adalah belajar membuat muffin pisang, butterscotch, coklat, vanilla dan red velvet. Kelas kek pula menawarkan kek indulgence, pecan butterscotch, dan kek pelangi.
Sementara kelas frozen terdiri dari pembuatan kuih-muih ‘basah’ iaitu puteri ayu, cucur badak, popia sayur dan karipap yang boleh dijadikan produk sejuk beku. Selain itu disediakan kelas pastri yang mengajar cream puff, eclaire dan paf buah-buahan.
Kelas untuk usahawan pun ada. laitu seramai empat orang sahaja setiap kumpulan, ia menawarkan 10 modul kelas masakan dan tempoh pelajarannya adalah untuk selama dua minggu. Kelas lauk pauk utama juga turut disediakan seperti kelas nasi beriani, capati dengan lauk pauk sampingan iaitu lauk kima dan dhal.
Info Institusi : Pemilik : Zaiton Ismail
Lokasi : Dyra Bakery & Academy, 15-1 Jalan Elektron E, Denai Alam, Shah Alam Maklumat lanjut : FB: KZis, FB : nurdyracookies house
Nak cuba masak ayam bistik homemade yang sedap, mudah dan berkuah pekat? Jom ikut resipi perkongsian Rozmaliza Omar ini – bahan ringkas, rasa mantap, sesuai untuk seisi keluarga!