Chef Jeff Ramsey Kongsi 2 Resipi Simple & Sedap Menggunakan Sos Hamadaya

Share

Secara eksklusif Majalah Rasa terpilih menyertai sesi memasak bersama Chef Jeff Ramsey, Chef Berbintang Michelin Tokyo yang juga Pengasas JAPAS, restoran Jepun yang mewah di ibukota.

Sesi memasak ini, dibawakan oleh Hamadaya, jenama sos Jepun premium yang diperakui Halal. Chef Jeff mencipta resipi eksklusif dengan sos premium Hamadaya. Ini akan menjadi peluang interaktif secara eksklusif buat media untuk melihat secara dekat demo masakan ringkas dan sememangkan lazat oleh chef ini.

 

Tidak mengambil masa yang lama untuk menyediakan dua resipi ringkas ini iaitu Ahi Poke With Hamadaya Shoyo dan Olive Oil Marinated Oysters.

Buat yang ingin mencuba dikongsikan resipi membuatnya.

AHI POKE WITH HAMADAYA SHOYU

BAHAN-BAHAN:

¾ cawan tuna, dipotong kiub 1.5×1.5cm

1.5 sudu besar bawang

1 sudu besar Ogo nori

½ sudu besar Roast Sesame Seeds

2 sudu teh minyak bijan

2 sudu teh Hamadaya Japanese Seasoned Soy Sauce

1 sudu teh Shichimi Togarashi

2 sudu teh daun bawang-dicincang

2 sudu besar Kizami Nori

 

Cara membuat:

Campurkan ke semua bahan di dalam mangkuk dan biarkan sebati lebih kurang 5 minit.

Penyediaan:

Letakkan satu cawan nasi atau sushi rice dalam mangkuk dan letakkan di atasnya Ahi Poke.

OLIVE OIL MARINATED OYSTERS

BAHAN-BAHAN:

15 butir tiram

1 sudu teh Hamadaya Japanese Oyster Essence Sauce

½ sudu teh Hamadaya Reduced Salt Soy Sauce

1 labu bawang putih-diketuk

1 helai daun salam

1 cm cili kering

½ cawan Extra Virgin Olive Oil

1 tangkai Thyme

4 biji ketumbar

Cara memasak:

  1. Bilas tiram dalam 2% air garam sebanyak 3 kali.
  2. Toskan dan keringkan dengan tisu.
  3. Goreng tiram dengan api besar dengan sedikit minyak zaitun sehingga gebu dan banyak air yang keluar.
  4. Toskan air keluar. kecilkan api ke sederhana dan masukkan bawang putih,thyme,biji ketumbar dan sos tiram.
  5. Masak seketika selama 1 minit dan tutup api. Jangan terlalu masak
  6. Pindahkan ke balang yang disterilkan dan kemudian isi balang dengan lebih banyak minyak zaitun sehingga ia menutupi tiram sepenuhnya.
  7. Letakkan penutup dengan ketat dan simpan di dalam chiller selama seminggu.

* tiram ini akan siap dalam masa beberapa hari. 1 minggu diperap adalah disyorkan dan boleh disimpan sehingga 2 minggu. Sedap dimakan bersama baguette panggang, pasta , hidangan tumis atau nikmatinya dalam omelet.

 

IKLAN