Cheesesteaks Balls Menu Penuh Khasiat Dan Mengenyangkan

Share

Tak tau nak masak apa untuk makan malam? Jom try resipi yang diolah oleh Chef Sue ni. Resipi asal ada menggunakan beer tapi dia tukar dengan menggunakan air rebusan daging. One pot meal yang lengkap; ada karbohidrat, protein, sayur dan produk tenusu.


CHEESESTEAKS BALLS
Bahan-bahan:
8 biji kentang – rebus & lecek, tambah satu sudu makan mentega, garam, lada sulah, lada hitam secukup rasa. Ketepikan.
Hirisan keju mozzarella secukupnya


Cincangan daun parsley segar
Chili flakes/paprika

Bahan-bahan B:
200grams daging kisar
1 labu bawang besar – cincang dadu kecil
1 biji capsicum – cincang dadu
1 cawan air rebusan daging
1 sudu makan Worcestershire sauce
Garam, lada hitam & lada sulah secukup rasa

Cara memasak:
1.Panaskan sesudu makan minyak sayur, tumis bawang besar dan sedikit daun parsley hingga layu.
2.Masukkan daging kisar dan tumis hingga daging berubah warna.
3.Tambahkan capsicum dadu, air rebusan daging, Worcestershire sauce, garam, lada sulah & lada hitam secukup rasa. Didihkan hingga semua bahan masak sempurna.


4. Sediakan mangkuk yang dialas dengan cling wrap


5. Sendukkan kentang yang dah dilecek tadi dan buat seperti dalam gambar.

6. Sendukkan pula inti daging tadi secukupnya

7. Bulatkan kentang seperti dalam gambar.
8.Ini yang dah siap. Simpan dalam peti sejuk selama sejam.



9. Salut bebola kentang dengan campuran tepung gandum dan tepung jagung.
10.
Goreng bebola kentang hingga perang.


11. Susun bebola kentang yang dah digoreng ke dalam mangkuk tahan panas yang telah disapu sedikit mentega.

12. Susun hirisan keju mozzarella di atas bebola kentang goreng tadi.

13. Tabur cincangan parsley dan chili flakes/paprika
14. Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 200C selama 30-45 minutes atau hingga cheesesteaks balls keperang-perangan.


Happy Cooking! Enjoy!
Kredit: Sue M Arukin

IKLAN