Jenapa teh premium CHAGEE Malaysia baru-baru ini telah menerima sijil Halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) untuk lima cawangannya, dengan 30 lagi cawangan dijangka mendapat sijil tersebut menjelang 2023. Berita baik buat penggemar jenama teh yang digemari ramai ini.
Bercadang membuka cawangan ke-300 menjelang 2025, CHAGEE Malaysia dalam usaha berterusannya dalam beberapa fasa untuk memastikan semua cawangan yang ada di negara ini mendapat sijil Halal.
Menurut Ng Jia Jun, Timbalan Pengurus Besar CHAGEE Malaysia, “Dengan sijil Halal ini, penggemar teh boleh menikmati minuman CHAGEE kegemaran mereka dengan penuh yakin dan tapa waswas, terutamanya masyarakat Islam yang merupakan populasi terbesar di Malaysia. Sama ada anda menikmati adunan teh susu segar klasik atau mencuba teh buah-buahan hasil ciptaan inovatif kami, anda diberi jaminan bahawa setiap cawan teh CHAGEE memenuhi piawaian Halal yang tertinggi dan juga piawaian operasi dan keselamatan makanan.
Di majlis media tersebut, Mohd Shahril Bin Abd Samat, Penolong Pengarah Kanan, dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menyampaikan sijil Halal kepada CHAGEE Malaysia, yang diwakili eleh Ng, sekali gus membuktikan komitmen CHAGEE untuk memenuhi piawaian Halal dan memastikan rangkaian tehnya mematuhi keperluan syariah pelanggan Islam.
Dengan peningkatan keyakinan pelanggan menerusi sijil Halal JAKIM, disamping prospek pasaran cerah dan trend minum teh yang semakin berkembang, CHAGEE berhasrat meluaskan rangkaian cawangan daripada 70 yang sedia ada kepada sejumlah 300 cawangan di seluruh Malaysia menjelang akhir 2025, sebagai sebahagian daripada visi jangka panjang untuk mengukuhkan dan mengembangkan budaya minum teh di negara ini. Setakat ini, CHAGEE telah menjual lebih daripada 10,000,000 cawan teh di Malaysia dan akan meneruskan trend in menerusi rancangan peluasannya untuk mencapai lebih ramai pelanggan.
Ads
Pengalaman Tersendiri Bersama CHAGEE
Dalam sesi “Perbualan dengan CHAGEE”, Ng telah “mengeteh” bersama dua penggemar teh yang sudah lama meminati CHAGEE, Sara Muzam dan Shu Faye. Mereka bertukar-tukar pandangan mengenai trend teh, fakta menarik seta pilihan dan pengalaman peribadi menikmati teh bersama CHAGEE Malaysia.
Sara Muzam berkata, “Budaya minum teh di Malaysia ternyata semakin berkembang kerana ramai orang lebih sedar tentang manfaat kesihatannya, serta boleh dinikmati dengan pelbagai ramuan dan perisa untuk mencetus pengalaman menarik. Sava memang gemar minum teh CHAGEE – yang menjadi penyuntik tenaga setiap hari dan cita rasanya sungguh lazat dan menyegarkan! Perisa kegemaran saya ialah Teh Susu Oolong Pic Putih. Cubalah!”
Ads
CHAGEE sememangnya merupakan pelopor trend, sebagai salah satu rangkaian kedai bertumpukan teh serantau yang paling awal untuk mencetus kebangkitan minuman teh generasi baharu sejak 2017. Jejak CHAGEE telah diperluas ke seluruh ceruk rantau, dengan tapak yang kukuh di Asia Pasifik, termasuk Malaysia, Thailand, Singapura dan negara-negara lain. Dengan lebih daripada 2,400 cawangan di serata dunia, CHAGEE terus menyatukan hati peminat teh di seluruh dunia, dengan berkongsi minat mendalamnya untuk nikmat teh yang berkelainan.
“Kami bertekad bukan sahaja untuk menawarkan perisa teh yang unik tetapi juga memberikan ketenangan fikiran kepada semua pengemar teh yang memilih untuk menjadikan CHAGEE sebahagian daripada gaya hidup harian mereka. Pensijilan Halal memberi kami dorongan padu, bukan sahaja untuk meluaskan rangkaian kami di Malaysia tetapi juga terus mempelopori inovasi minuman kami untuk memenuhi keperluan pelbagai masyarakat di sini,” rumus Ng.
Ads
Memanfaatkan tawaran unik jenama yang mengadunkan perisa teh terbaik dengan pengalaman premium, CHAGEE berusaha untuk terus mempelopori inovasi dalam menu minuman dan juga aktiviti keterlibatan pengunjung kedai untuk menggalakkan gaya hidup lebih sihat. Sejajar dengan matiamat ini, CHAGEE komited dengan pembukaan cawangan yang menianikan pengalaman hebat untuk membolehkan penggemar teh terus menikmati tawaran unik CHAGEE.
Peluang Menangi Hadiah Hebat Dengan CHAGEE
Untuk meraikan penerimaan siil Halal seta pelanggan terhadap mercu jaya penting in, CHAGEE membawakan kembali kempen paling popularnya, iaitu promosi “Big Big News, Big Big Tear & Win!” pada 7 Oktober 2023, dengan pilihan hadiah yang terbesar sehingga kini. Hadiah-hadiah menarik termasuk Beg Dior Saddle Pouch, Pemegang Kad Gucci, Gincu YSL, Losyen L’Occitane, Beg Beli Belah dUCK, Teh Susu CHAGEE dan banyak lagi. Pelanggan hanya perlu membeli Teh Susu Oolong Pic Putih, Th Susu Hijau Jasmin atau Teh Susu Da Hong Pao saiz besar (700 ml) dan minuman mereka akan dinaik taraf secara automatik kepada saiz Big Big Cup.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Semalam, rakyat Malaysia digemparkan dengan kes nahas pesawat ringan di Lebuhraya Guthrie berdekatan Bandar Elmina, Shah Alam, Selangor.
Pesawat dari jenis Beechcraft model 390 milik syarikat Jetvalet Sdn. Bhd. itu terlibat dalam nahas kira-kira jam 2.51 petang yang melibatkan hampir 10 maut termasuk dua pengguna jalan raya yang dipercayai melalui kawasan tragedi.
Syarikat penghantaran makanan dalam talian, Foodpanda melalui laman page rasmi Foodpanda Riders mengesahkan Allahyarham Muhamad Hafiz Muhamad Salleh yang terkorban dalam nahas tersebut adalah ‘rider’ mereka.
“Dukacita dimaklumkan bahawa rider kita Allahyarham MUHAMAD HAFIZ BIN MUHAMAD SALLEH telah terlibat dalam tragedi kapal terbang terhempas di Elmina semalam. Salam takziah dari kami foodpanda kepada keluarga Allahyarham. Al Fatihah.”
Dalam kejadian semalam, Muhammad Hafiz dikatakan dalam perjalanan ke Bukit Jelutong untuk mengambil pesanan berupa Sup Gearbox dari sebuah restoran. Namun pesanan tersebut tidak sempat dipenuhi apabila beliau maut dalam nahas pesawat di Persiaran Elmina.
Memetik sumber dari Kosmo Online, Ketua kumpulan penghantar makanan Zon Subang 2, Mohd. Fairuz Imam Mahdi, 39, memberitahu, mangsa baru sahaja selesai menghantar makanan di sekitar kawasan Denai Alam kira-kira pukul 2.30 petang.
Bagaimanapun dia menerima tugasan terakhir bagi pesanan dan penghantaran ke Bukit Jelutong pada 11 minit kemudian sebelum berehat pukul 3 petang.
“Sistem menyatakan dia (Muhammad Hafiz) menerima tempahan itu dan kemungkinan besar dalam perjalanan ke Bukit Jelutong semasa kejadian tersebut. Namun, agak pelik apabila sistem penghantaran dihentikan dan pengemaskinian kedudukan Global Positioning System (GPS) juga tidak dapat dikesan,”
Terdapat rakan-rakan penghantar ke lokasi kejadian namun tidak dapat mengesahkan Muhammad Hafiz selain motosikal tersebut telah terbakar sepenuhnya. Pemakluman status Muhammad Hafiz hanya diketahui kira-kira pukul 8 malam selepas dihubungi waris mangsa.
Selain Muhamad Hafiz, nahas pesawat jenis Beechcraft 390 (Premier 1) itu turut mengorbankan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pelangai, Datuk Seri Johari Harun.
Pesawat jenis jet peribadi yang dikendalikan oleh Jetvalet Sdn Bhd itu dilaporkan berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi pada jam 2.08 petang.
Blueberi atau Beri Biru adalah buah bermusim yang berasal dari luar negara. Walaupun tidak ditanam di Malaysia namun ia tidak bermakna rakyat negara ini tidak berpeluang untuk merasa dan menikmati keenakan serta kebaikan buah istimewa ini.
Ada berita baik untuk kita semua! Kini rakyat Malaysia tidak perlu lagi menunggu musim blueberi untuk merasai kebaikannya kerana U.S Highbush Blueberry Council di Malaysia telah melancarkan kempen “The Blues That Make You Feel Good” pada 8 November yang lalu yang membolehkan kita semua menikmati buah ini sepanjang tahun.
Didatangkan dalam bentuk sejuk beku (frozen) dan kering, USA Highbush Blueberries sememanya terbaik. Ia bukan sahaja baik untuk cita rasa anda, tetapi juga baik untuk kesihatan secara keseluruhan.
Ia mengandungi serat, vitamin C, vitamin K dan mangan yang baik. Malah Blueberi juga mengandungi sejenis flavonoid yang dipanggil anthocyanin, yang bersifat antioksidan yang boleh membantu meningkatkan sistem imun badan. Kajian 2016 (1) juga menunjukkan bahawa flavonoid memainkan satu peranan penting dalam sistem pertahanan imun saluran pernafasan.
Khabar gembira buat yang sedang diet. Setiap hidangan blueberi hanya mengandungi 80 kalori sahaja. Ia mengandungi fiber yang sangat baik untuk mengurangkan kandungan kolesterol dalam badan menjadikan buah ini salah satu makanan terbaik dan menyihatkan.
Malah ia juag boleh dijadikan sebagai salah satu bahan dalam rutin kecantikan harian dimana kandungan asid lemak Omega 3 dan antioksidan semulajadi membantu dalam menyembuhkan kulit serta merupakan bahan popular dalam penghasilan pelembap dan serum.
Bagusnya buah beri biru ni! Berikut adalah beberapa resipi serta produk kecantikan yang anda boleh hasilkan secara homemade menggunakan buah ini. Jom cuba. Anda pasti kagum dengan rasa serta hasilnya.
Berikutan tular video hidangan aneka manisan dengan gaya ala ‘shellout’ sempena sambutan ulang tahun adiknya, Raf Yaakob baru-baru ini, Dato’ FazleyYaakob menerima kecaman hebat dari para pelayar laman sosial.
Beliau dikatakan tidak menghormati dunia seni kulinari malah ada juga sebilangan netizen yang bertindak mengecamnya kerana dikatakan tindakan tersebut kurang sopan lantaran ‘mencampak’ beberapa makanan di atas meja.
Namun menerusi temubual bersama Sinar Harian, beliau menyangkal dakwaan tersebut.
Sebenarnya, ia bukan mencampak makanan tapi konsep Sweet Table memang seperti itu. Itulah kelainannya. Ia bukan disediakan di atas pinggan sebaliknya dihidangkan di atas meja besar dengan kapasiti minimum enam orang. Dan… konsep ini sebenarnya dah lama dibuat di luar negara seperti di Amerika Syarikat (AS) dan London, tapi ia adalah baru di sini.
Tambahnya lagi, kebanyakan netizen yang mengecam konsep tersebut mungkin kerana tidak memahami atau mempunyai pengalaman dalam bidang kulinari serta menolak untuk menerima pembaharuan.
Saya rasa mana yang tak faham konsep dan tak buat research dan tak ada pengalaman bagaimana dessert itu dilakukan, mungkin mereka akan mengecam. Kalau tengok di luar negara, mereka sampai ada pecahkan coklat di atas meja bahkan lambung dari atas ke meja.
Berikutan penularan video tersebut juga, hidangan unik Sweet Table mendapat sambutan hangat. Malah, menurut Dato Fazley beliau tidak menang tangan dalam menerima tempahan.
” Saya buka booking untuk konsep ini bermula minggu depan. Tapi, nampaknya saya perlu aturkan semula kerana mendapat permintaan tinggi. Jadi saya mahu mengucapkan jutaan terima kasih kerana secara tak langsung kecaman itu memberikan publisiti percuma,” katanya yang mengakui tidak berkecil hati sebaliknya memandang setiap kecaman tersebut daripada sudut positif.
Dalam ramai yang mengeji, ada juga yang memuji kreativiti yang cuba ditonjolkan oleh juara Masterchef Selebriti ini. ukan itu sahaja, rata-rata pengikut dan peminatnya di laman sosial turut kagum dan memuji kreativitinya. Bagi anda yang nak sambut ulang tahun atau nak ‘sweet-sweet’ dengan pasangan, bolehlah ke Suka Sucre Bistro dan cuba Sweet Table ni. Pasti senyum sampai telinga!