Ads

Buat Cendol Guna Tepung Jagung Lebih Sedap & Kenyal,Tak Mudah Hancur

Buat Cendol Guna Tepung Jagung boleh jadi pilihan kalau nak hasil cendol yang lebih sedap, kenyal dan tak mudah hancur. Ada pelbagai resipi dan cara untuk buat isi cendol, semuanya bergantung pada citarasa masing-masing.

Kita boleh buat sendiri isi cendol di rumah. Lebih puas hati, jimat dan terjamin kebersihannya. Nak buat jual pun boleh sangat.

Ikut resipi yang dikongsikan Iskandar Muadz sebagai rujukan;

Ramai orang selalu buat cendol bahan utamanye tepung beras kan..kalau resepi saya, tepung jagung bahan utamanye. Ada beza dari segi rasa. Tepung jagung teksturnye lagi kenyal dan tak mudah hancur.

Resepi ni bukan lah turun temurun, ia resepi olahan saya dan arwah mak…apa yang kurang kami tambah. Akhirnye baru jumpa cendol yang betul-betul sedap..meh tengok resepi.

Resipi Cendol Tepung Jagung Yang Kenyal

Bahan-Bahan:

1 1/2 cawan tepung jagung
1/2 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung ubi
1 sudu kecil kapur makan (bancuh dengan air)
Garam
Pewarna hijau
9 cawan air (2 cawan air pandan,baki letak air biasa)

Cara Membuat:

  1. Satukan semua bahan-bahan dan masak atas api besar. Kena sentiasa kacau supaya tak berbintil.
  2. Bila adunan dah mula memekat, boleh kecilkan api. Terus kacau sampai meletop-letup dan berkilat.
  3. Bila dah berkilat tu, sambung kacau selama 15 minit hingga 20 minit api kecil. Boleh nampak adunan berkilat-kilat. Jangan cepat sangat tutup api nanti cendol cair masa tekan nanti. Biar betul-betul masak.
  4. Sediakan bekas berisi ais, tekan cendol. Boleh guna apa-apa yang berlubang. Siap!
  5. Masa tekan cendol tu, api jangan padam. Nanti cendol berketul. Dah siap baru tutup api.

Bahagian memasak adunan ini penting kalau nak mendapatkan cendol tepung jagung yang kenyal dan tidak mudah hancur. Pastikan adunan benar-benar masak sebelum mula ditekan ke dalam bekas berisi ais.

Buat Cendol Guna Tepung Jagung Lebih Sedap & Kenyal,Tak Mudah Hancur
cendol tepung jagung

Kuah Santan Untuk Cendol Tepung Jagung

Bahan-Bahan Kuah Santan:

Santan Kotak
Air
Garam

Untuk santan, saya pakai santan kotak KARA. Boleh adjust banyak mana santan nak guna. Just tambah air masak, kacau-kacau dah boleh guna. Garam jangan lupa untuk naikkan lemak.

Ads

Kuah santan yang ada rasa lemak dan sedikit masin akan melengkapkan rasa cendol, terutama apabila digabungkan dengan air gula yang manis.

Air Gula Untuk Cendol

Bahan-Bahan Air Gula:

2 cwn gula pasir
1 cawan gula merah
3 cawan air
daun pandan

Masukkan gula pasir, gula merah dan air. Kemudian masukkan daun pandan dan masak atas api hingga gula cair.

Bila semuanya dah tersedia, bolehlah hidangkan cendol tepung jagung bersama kuah santan, air gula dan ais mengikut citarasa masing-masing.

Ads

Buat Cendol Guna Tepung Jagung Lebih Sedap & Kenyal,Tak Mudah Hancur

Boleh Juga Buat Cendol Untuk Jual

Siapa yang dah berjaya buat, boleh buat jual isi cendol. Dulu saya jual 1kg isi cendol, RM6. Untung tau. Boleh jadi supplier cendol untuk peniaga.

Jadi bukan sekadar boleh dibuat untuk makan bersama keluarga, resipi ini juga boleh dijadikan idea untuk mereka yang mahu mencuba berniaga isi cendol.

Ads

Memang berbaloi buat cendol tepung jagung sendiri sebab lebih terjamin bersih, halal untuk satu famili makan. Teksturnya yang kenyal dan tak mudah hancur juga menjadi kelebihan resipi ini berbanding cendol yang menggunakan tepung beras sebagai bahan utama.

Anda mungkin berminat dengan

Boleh cuba resipi ni nanti.

Selamat Mencuba! Semoga Bermanfaat.

Sumber: Iskandar Muadz

Perkongsian asal Iskandar Muadz di Facebook

Dapatkan resipi, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Menu Lain

Cara Buat Dadih Homemade Pelbagai Perisa Tanpa Guna Serbuk Segera

Dadih homemade sedap dan mudah dibuat dengan pelbagai perisa. Ikuti resipi, sukatan serta tip untuk hasil dadih licin dan sesuai dijadikan doorgift.