Siapa yang tak suka makan cendol. Lagi lah masa cuaca panas ni. Memang menyegarkan. Tapi cendol yang Min nak kenalkan nih , rasanya sungguh enak dan lain dari kebiasaan. Ramuan Cendol Songkok Tinggi adalah perahan daun pandan asli, terjaminlah wangi dan sedap.
Kelibat petugas gerai gazebo cendol bersongkok tinggi menjadi ‘trademark’ di sini. Bersongkok tinggi serta tampil segak berbaju Melayu atau berkemeja petak dengan tag nama mencipta identitinya tersendiri.
Inilah ‘trademark ‘ yang ditetapkan oleh pemilik gerai Hj Daud Othman. Gerai gazebo yang redup dan nyaman ini pula dimiliki oleh anaknya Ahmad Dani Daud.
Ads
Hj Daud Othman (no 2 dari kanan)Dani Daud (ditengah)
Diasaskan oleh Hj Daud pada awal Februari 2010, Cendol Songkok Tinggi telah memulakan operasi di Kg. Jiboi Baru, Ampangan, Seremban, Negeri Sembilan. Pada tahun lepas ia membuka gerai berkonsepkan santai yang dikenali sebagai Gazebo Songkok Tinggi bertempat di 180, Kg Jiboi Baru, Ampangan, Negeri Sembilan.
Menariknya ia berkonsepkan bisnes komuniti di mana tenaga pekerja memproses cendol hinggalah kepada pembekal santan, gula enau, gula melaka kacang merah dan lain-lain terdiri daripada penduduk Kg Jiboi Baru.
kongsi rezeki dengan penduduk Kg Jiboi Baru
Cendok Songkok Tinggi ini mempunyai rasa yang asli istimewa berbanding cendol biasa. Cendolnya mempunyai teksur, warna dan bau harum yang tersendiri kerana bahan-bahan yang digunakan adalah seratus peratus organik tanpa menggunakan baha pengawet mahu pun pewarna tiruan. Ramuannya pula sangat istimewa dan alami.
Hasil cendolnya menggunakan ekstrak daun pandan asli sebagai pewangi. Jus daun pandan serani pula dicampur sebagai pewarna.Kemudian campuran ini digaul dan dimasak pula menggunakan empat jenis tepung iaitu tepung gandum, beras, ubi dan jagung.
Rasa manis yang enak lemak terhasil dari penggunaan campuran empat jenis gula di mana gula enau sebagai bahan asas dan dicampur dengan gula merah, gula tebu dan Melaka
Ads
Pada tahun lepas Cendol Songkok Tinggi membuka gerai berkonsepkan santai yang dikenali sebagai Gazebo Songkok Tinggi bertempat di 180, Kg Jiboi Baru, Ampangan, Negeri Sembilan.
Menu cendolnya terdiri cendol kacang, jagung, pulut dan biasa yang hanya berharga RM 2 semangkuk. Cendol ‘special’ iaitu campuran kacang, pulut dan jagung berharga cuma RM 3 sahaja. Nasi lemak dan kuih lopes juga ada dijual.
Ads
Di samping cendol ia turut memperkenalkan masakan Johor seperti Laksa Johor, Mi Rebus Johor dan jemput-jemput ala Johor. Setiap satu berharga RM 5 kecuali set jemput-jemput dengan kuah asam pedas tetel hanya berharga RM 4 sahaja.
INFO KEDAI: Pemilik : Hj Daud Othman dan Ahmad Dani Daud Alamat : Gazebo Songkok Tinggi, 180, Kg Jiboi Baru, Ampangan , Negeri Sembilan Waktu operasi : Setiap hari 9.00 pagi hingga 6.00 petang kecuali Isnin 3.00 hingga 4.00 petang rehat solat Wajib cuba : Cendol special, cendol jagung, kacang dan pulut. Mi rebus Johor, Laksa Johor, Nasi Lemak, Kuih Lopes Johor
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download seeNI sekarang!
Dengar perkataan soru pun kita sudah sedia maklum ini adalah tempat makan. Menu yang ditawarkan adalah menu makanan barat dengan ice float ala Penang Heritage. Namun harganya murah dan berbaloi dengan portion yang diberikan. Sesuai dengan kata-kata yang digunakan iaitu Eat Big, Eat Cheap!
Penutupan cawangan di Medan Selera Bandar Sri Permaisuri, Cheras selepas empat tahun beroperasi di sini mungkin menyedihkan penggemar makanan di sini. Namun jangan risau kerana anda boleh hadir ke cawangan lain yang semestinya lebih selesa.
Soru Station berpindah ke The Trillium Sungai Besi, 50-G, Jalan Tasik Utama 7, Medan Niaga Tasik Damai, Sungai Besi, Kuala Lumpur.
Cawangan Soru Station yang lain adalah:
Shah Alam, Seksyen 13 (depan MSU)
The Strand, Kota Damansara
The Trillum, Sungai Besi
The FoodBoss, Kota Damansara
Wangsa Maju (Oktober nanti)
Bangi (November nanti)
Nak dapatkan peralatan memasak yang baru? Semuanya menarik, jom klik link ni untuk cuci mata. Mana tahu ada yang berkenan kan? Klik sini (saya nak beli periuk baru la)
Bermula dengan suka-suka, akhirnya Paksu Ayam Golek kini menjadi semakin terkenal dan menjadi sebutan ramai. Semuanya kerana keistimewaan cita rasa ayam golek ini yang sangat sedap dan digemari pelanggan. Meneruskan legasi perniagaan arwah bapanya, Nur Hidayah Mohd Yussof mengatakan rempah inilah yang menjadi rahsia keenakan ayam golek.
Nur Hidayah Mohd Yussof
Ayam golek ini diperap menggunakan resipi ciptaan arwah Mohd Yussof Ahmad. Malah sos cicah ala Thai yang dibuat juga mendapat sambutan.
“Ini resipi ciptaan sendiri dan turun temurun. Arwah baba ambil masa setahun untuk cipta resipi sebelum dapat rasa yang sedap seperti sekarang ini. Arwah baba tidak henti mencuba dan bereksperimen. Adunan dan campuran rempah di dalamnya menghasilkan satu rasa yang lain daripada ayam golek yang ada di pasaran,” ujar Hidayah.
BERSIH DAN SEDAP
Lori membawa ayam golek kepada pelanggan.
Memulakan perniagaan sejak 2015, Paksu Ayam Golek kini ada dua cawangan iaitu di Bandar Baru Bangi dan Jenderam Hilir. Menu yang dijual ada dua iaitu seekor ayam berharga RM22 dan separuh ekor ayam RM12. Ayam diadun dan diperap menggunakan 32 jenis rempah yang pastinya sedap.
“Pada asalnya, arwah baba berniaga ayam goleh untuk suka-suka sahaja sebab orang suka makan ayam golek pada bulan puasa. Tapi ramai pelanggan kata ayam golek kami sedap. Jadi kami buat keputusan untuk berniaga setiap hari dan bukan pada bulan puasa saja. Alhamdulillah sambutan pelanggan tidak mengecewakan dari mula kami berniaga sehingga sekarang. Pelanggan suka rasa ayam golek, sos cicah istimewa kami dan juga saiz ayam,” kata Hidayah.
Menyelerakan.
Paksu Ayam Golek menjaga kebersihan ayamnya daripada terkena debu jalanan. Berbanding cara tradisional dengan mesin golek arang, gerai ini menggunakan mesin golek oven api gas dan elektrik. Mesin tertutup dengan cermin kaca sudah semestinya lebih bersih.
TEMPAHAN
Jom dapatkan ayam golek istimewa daripada Paksu Ayam Golek.
Kini orang ramai boleh menikmati ayam golek di rumah menggunakan rempah sejuk beku yang dihasilkan. Rempah ini dijual oleh ejen seluruh semenanjung tanah air. Tujuan rempah ini dihasilkan adalah untuk membantu surirumah mudah memasak. Dengan tiga langkah mudah iaitu cairkan, perap dan masak, seseorang itu boleh menghidangkan lauk sedap.
“Selain berniaga di tepi jalan, kami juga menerima tempahan katering bakar ayam golek secara live untuk kenduri kahwin, rumah terbuka hari raya dan majlis korporat. Food truck memudahkan kami bergerak kerana mesin ayam golek memang sudah ada atas lori. Tidak perlu angkat naik turun mesin setiap kali kami mahu ke tempat majlis. Majlis pelanggan kami akan nampak lebih profesional, kemas, bersih dan teratur,”katanya.
INFO KEDAI
NAMA KEDAI
Paksu Ayam Golek
PEMILIK
Mohd Yussof Ahmad (2015 – Jan 2018)
Nur Hidayah Mohd Yussof (Jan 2018 hingga kini)
LOKASI
Seksyen 7 Bandar Baru Bangi & Jenderam Hilir
WAKTU OPERASI
11 pagi – 6 ptg (Jumaat cuti di Bangi dan Isnin cuti di Jenderam Hilir)
Selain pelbagai biskut dan kek menarik, Warung Acik Gobu turut menyediakan pelbagai menu pilihan makanan berat. Selalunya sedap untuk dimakan pada waktu tengah hari dan petang. Antara yang dijual adalah pelbagai nasi goreng, mi goreng dan hidangan barat seperti chiken grill dan meatball.
Semua hidangan ini boleh dibeli di warungnya di Rembau. Pun begitu, selepas wabak Covid-19 melanda, pemilik Warung Adik Gobu, Tengku Yusrisna mengakui lebih aktif menjalankan urus niaga secara delivery (COD).
Melalui facebook, pack food yang jual memang mendapat sambutan luar biasa. Jualannya mencecah 100 unit sehari dan reviu daripada pelanggannya juga sangat luar biasa.
MENU YANG DISEDIAKAN
Antaranya, nasi goreng chicken chop RM10.00 perset, kuetiau goreng untuk 5 orang makan RM30, meatball with spiral RM10, nasi goreng dengan ayam korea spicy, chicken grill with spageti aglio, chicken cheezy with salad dan banyak lagi. Boleh dikatakan harganya sangat berbaloi dengan menu yang diberikan.
JOM LAYAN GAMBAR
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kalau anda ke Rembau, Negeri Sembilan, jangan lupa di Warung Acik Gobu.
Nak dapatkan peralatan memasak yang baru? Semuanya menarik, jom klik link ni untuk cuci mata. Mana tahu ada yang berkenan kan? Klik sini (saya nak beli periuk baru la)
Resipi udang butter garlic ini hidangan paling sesuai kalau mencari lauk yang mudah dan cepat siap.Walaupun ringkas saja resipinya tapi rasa dan aromanya mewah...