Siapa yang tak suka makan cendol. Lagi lah masa cuaca panas ni. Memang menyegarkan. Tapi cendol yang Min nak kenalkan nih , rasanya sungguh enak dan lain dari kebiasaan. Ramuan Cendol Songkok Tinggi adalah perahan daun pandan asli, terjaminlah wangi dan sedap.
Kelibat petugas gerai gazebo cendol bersongkok tinggi menjadi ‘trademark’ di sini. Bersongkok tinggi serta tampil segak berbaju Melayu atau berkemeja petak dengan tag nama mencipta identitinya tersendiri.
Inilah ‘trademark ‘ yang ditetapkan oleh pemilik gerai Hj Daud Othman. Gerai gazebo yang redup dan nyaman ini pula dimiliki oleh anaknya Ahmad Dani Daud.
Hj Daud Othman (no 2 dari kanan)Dani Daud (ditengah)
Diasaskan oleh Hj Daud pada awal Februari 2010, Cendol Songkok Tinggi telah memulakan operasi di Kg. Jiboi Baru, Ampangan, Seremban, Negeri Sembilan. Pada tahun lepas ia membuka gerai berkonsepkan santai yang dikenali sebagai Gazebo Songkok Tinggi bertempat di 180, Kg Jiboi Baru, Ampangan, Negeri Sembilan.
Ads
Menariknya ia berkonsepkan bisnes komuniti di mana tenaga pekerja memproses cendol hinggalah kepada pembekal santan, gula enau, gula melaka kacang merah dan lain-lain terdiri daripada penduduk Kg Jiboi Baru.
kongsi rezeki dengan penduduk Kg Jiboi Baru
Cendok Songkok Tinggi ini mempunyai rasa yang asli istimewa berbanding cendol biasa. Cendolnya mempunyai teksur, warna dan bau harum yang tersendiri kerana bahan-bahan yang digunakan adalah seratus peratus organik tanpa menggunakan baha pengawet mahu pun pewarna tiruan. Ramuannya pula sangat istimewa dan alami.
Hasil cendolnya menggunakan ekstrak daun pandan asli sebagai pewangi. Jus daun pandan serani pula dicampur sebagai pewarna.Kemudian campuran ini digaul dan dimasak pula menggunakan empat jenis tepung iaitu tepung gandum, beras, ubi dan jagung.
Ads
Rasa manis yang enak lemak terhasil dari penggunaan campuran empat jenis gula di mana gula enau sebagai bahan asas dan dicampur dengan gula merah, gula tebu dan Melaka
Pada tahun lepas Cendol Songkok Tinggi membuka gerai berkonsepkan santai yang dikenali sebagai Gazebo Songkok Tinggi bertempat di 180, Kg Jiboi Baru, Ampangan, Negeri Sembilan.
Ads
Menu cendolnya terdiri cendol kacang, jagung, pulut dan biasa yang hanya berharga RM 2 semangkuk. Cendol ‘special’ iaitu campuran kacang, pulut dan jagung berharga cuma RM 3 sahaja. Nasi lemak dan kuih lopes juga ada dijual.
Di samping cendol ia turut memperkenalkan masakan Johor seperti Laksa Johor, Mi Rebus Johor dan jemput-jemput ala Johor. Setiap satu berharga RM 5 kecuali set jemput-jemput dengan kuah asam pedas tetel hanya berharga RM 4 sahaja.
INFO KEDAI: Pemilik : Hj Daud Othman dan Ahmad Dani Daud Alamat : Gazebo Songkok Tinggi, 180, Kg Jiboi Baru, Ampangan , Negeri Sembilan Waktu operasi : Setiap hari 9.00 pagi hingga 6.00 petang kecuali Isnin 3.00 hingga 4.00 petang rehat solat Wajib cuba : Cendol special, cendol jagung, kacang dan pulut. Mi rebus Johor, Laksa Johor, Nasi Lemak, Kuih Lopes Johor
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Salah satu makanan yang menjadi pilihan orang ramai untuk dinikmati sebagai snek adalah apam balik. Menu ini sudah lama ada di pasaran. Namun kini apam balik bagaikan menjadi satu daya tarikan apabila menunya dipelbagaikan sehingga membuat orang tercari-cari menu ini.
Apam Balik MN Hafiz menjadi sebutan ramai orang. Menggunakan warna kuning sebagai warna rasmi, apam balik ini bukan sekadar mendapat perhatian masyarakat awam namun termasuklah golongan artis.
Bermula dengan food truck yang menemui peminat apam balik di sekitar Shah Alam dan juga pusat beli-belah, kini ruang niaga Apam Balik MN Hafiz adalah di gerai tepi jalan depan Pasar Moden Seksyen 6 Shah Alam dan food truck di parkir lot Seksyen 9 di depan Restoran Cili Merah.
DITERAJUI ANAK MUDA
Pada usia baru 29 tahun, Hafiz mengorak langkah dengan bakal menjual apam balik dengan konsep layan diri menggunakan lori jenis caravan tidak lama lagi. Wujudnya caravan ini bagi memudahkan orang ramai membeli apam balik pada bila-bila masa.
“Sebagai pengusaha apam balik, saya akan cuba teruskan kekalkan rasa asli kuih tradisi ni di samping perisa tambahan yang moden. Saya nak tambah cawangan supaya lebih ramai boleh rasa kerangupan Apam Balik MN Hafiz. Sayang kalau perniagaan ayah sejak 1999 ni saya sia-siakan,” katanya
Antara perisa yang ada adalah Rainbow, Nestum, Coklat, Cornflakes, Strawbery, Original dan Oreo. Setiap perisa ini mempunyai peminatnya yang tersendiri.
RANGUP DAN TEBAL
Ada dua jenis apam balik yang ditawarkan. Ada yang nipis dan rangup. Ada juga yang jenis tebal dan penuh isinya. Rata-rata peminat apam balik akan menyukai apam balik di sini kerana rasanya yang sedap, manis dan rangup. Manakala apam balik yang jenis tebal menawarkan inti yang penuh dan diadun dengan sempurna.
Apam balik yang paling mendapat sambutan adalah perisa original yang menggunakan jagung dan kacang tumbuk. Menurut Hafiz, perisa ini tetap menjadi pilihan kerana mengekalkan rasanya yang asli. Harga apam balik nipis RM1 untuk semua perisa. Perisa oreo RM1.50. Manakala saiz tebal RM2.
PEMILIK: Muhamad Norhafiz bin Murtaza ALAMAT: Pasar Moden Seksyen 6 Shah Alam dan parkir lot Seksyen 9 (depan Restoran Cili Merah) WAKTU OPERASI: 9 pagi hingga 4.30 petang WAJIB CUBA: Apam balik original, apam balik coklat dan apam balik nestum
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Tercari-cari lokasi yang best dan menarik untuk bersantai sambil makan-makan bersama keluarga? Atau nak bawa kawan-kawan dari luar negara menikmati kebudayaan serta kesenian Malaysia? Eat & Enjoy @ASWARA pastinya lokasi terbaik yang boleh anda tuju.
Eat & Enjoy @ASWARA adalah salah satu program Edu-Tourism yang berkonsepkan makan-makan sambil berhibur dan belajar. Ia adalah salah satu inisiatif bagi menarik pelancong dari dalam dan luar negara untuk melawat tempat perlancongan terpilih sambil belajar mengenai kesenian yang ada di negara ini.
Dengan hanya bayaran sebanyak RM15 seorang, anda boleh menikmati aneka sajian kampung yang enak dan lazat seperti Nasi Lemak, aneka kuih muih, Teh Tarik dan bermacam-macam lagi yang dihidangkan secara bufet dalam suasana yang sangat santai dan menenangkan.
Pada masa yang sama, para pengunjungakan dihiburkan dengan persembahan-persembahan tradisonal dan kesenian yang memukau seperti persembahan Mak Yong, tarian tradisional, nyanyian dan banyak lagi yang dipersembahkan oleh para pelajar, alumni dan kakitangan ASWARA.
Bertempat di Kafe Bunga Raya, Eat & Enjoy @ ASWARA boleh memuatkan 200-250 pelanggan dalam satu-satu masa. Ia beroperasi pada setiap hari Rabu bermula pada jam 5.00 hingga 7.00 petang. Jadi datanglah beramai-ramai ya.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Jika anda ingin berbuka di hotel, Best Western I-City, Shah Alam wajar masuk dalam perancangan lokasi berbuka anda. Lebih-lebih lagi jika anda ingin meraikan keluarga atau teman yang berkunjung ke Selangor atau Kuala Lumpur.
Best Western I-City, Shah Alam menyediakan lebih 160 sajian Malaysia bermula 6hb Mei hingga 3hb Jun sempena bufet Ramadan. Bertempat di The View Café, terdapat pelbagai variasi juadah terdiri daripada pembuka selera, lauk pauk utama, pencuci mulut, sup, dan gerai yang memasak secara ‘live’ dihadapan pengunjung yang dijamin kesegaran juadahnya.
Paling istimewa pengunjung juga dapat menikmati kelazatan Raja Buah iaitu durian kampung yang disediakan dalam bufet Ramadan. Mulakan kembara berbuka anda dengan hidangan sup seperti Sup Kambing Berempah Mamak,Seafood Tomyam, Sup Lobak PutihUdang Kering, Sup Jagung & Ketam, Krim Cendawan, Akar Teratai Dengan Herba, Soto Madura dan banyak lagi.
Di antara seleksi lauk pauk istimewa yang pasti membangkit selera berbuka anda ialah Kari Kepala Ikan, Daging Masak Hitam, Kambing Varuval, Ayam Masak Berempah, Udang Sambal Tumis Petai, Labu Bakr Bermadu, Bahu Kambing dengan Sos Pudina Berkrim, Rebung Bercili, Daging Stroganoff dan pelbagai juadah yang membuatkan anda kecur air liur.
Terdapat 13 ‘stesen’ atau gerai makanan yang memasak secara langsung di hadapan pengunjung seperti Rojak Campur, Okonomiyaki, Teppanyaki, Shawarma, Kambing Panggang Dengan Perapan Ramuan Arab, Murtabak dan variasi campuran sajian Arab, Jepun dan Malaysia.
Suasana berbuka dimeriahkan dengan replika Rumah Melayu mini. Pelita, buluh dan lemang turut mewarnai dekorasi membangkitkan nostalgia rindu kampung halaman. Menambahkan lagi keterujaan berbuka di Best Western I-City adalah Cabutan Bertuah yang dibuat setiap hari untuk dimenangi seperti Baucer Hi Tea, diskaun bilik dan penginapan dan hadiah menarik yang lain .
Ramadan Bufet “The Aladdin & The Malaysian Treasures” ini bermula dengan harga biasa RM 119 untuk dewasa, manakala kanak-kanak dan warga emas RM 69. Tempahan awal pada 13th Mac hingga 30hb April akan mendapat harga istimewa RM 99 untuk dewasa. Percuma untuk seorang untuk tempahan sembilan orang dewasa.
Tempahan boleh dibuat melalui 03 5521 9000 atau emel enquiry@bestwestern-icity.my
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Cuba resipi Cha Bang Ang viral dari Thailand yang sedap, segar dan sangat mudah disediakan. Dessert ais popular ini hanya perlukan bahan ringkas. Memang puas hati!