4 Cara Tampal Periuk Bocor Guna Bahan Sedia Ada Di Rumah. Mudah & Jimat!

Share

Periuk bocor? Jangan terus buang! Ada banyak cara mudah yang boleh anda cuba di rumah. Dalam perkongsian kali ini, kami kongsikan cara tampal periuk bocor guna bahan sedia ada di rumah — semua bahan mudah dicari dan tak perlukan kos tinggi.

Berikut ialah himpunan beberapa petua tradisional yang masih berkesan hingga kini.

1. Kapur Masakan

Kapur sirih atau kapur masak ini biasanya digunakan untuk merangupkan gorengan, menjadikan masakan lebih kental dan tahan lebih lama. Rupanya ada kegunaan lain yang ramai tak tahu – iaitu menampal periuk bocor.

Mula-mula, bersihkan dahulu periuk dan keringkan. Kemudian, ambil kapur makan dan tampal di bahagian periuk yang berlubang. Tepek ikut ketebalan yang sesuai hingga betul-betul menutup lubang.

Bila tampalan dah kering, bolehlah gunakan periuk itu semula. Biasanya boleh test dulu dengan rebus air. Kalau periuk dah tak bocor lagi, bolehlah guna untuk masak macam biasa.

2. Asam Jawa

Petua seterusnya adalah dengan menggunakan asam jawa. Caranya lebih kurang sama saja macam guna kapur makan tadi.

Ambil sedikit asam jawa dan pastikan tiada biji. Kemudian sapu dan tampalkan pada bahagian belakang kuali atau tempat yang bocor tadi. Tunggu sampai kering dan cuba gunakan periuk seperti biasa.

3. Kulit Pisang

Satu lagi cara menarik dalam cara tampal periuk bocor guna bahan sedia ada di rumah ini ialah menggunakan kulit pisang, seperti dikongsikan oleh Puan Normah Bahari.

Untuk menampal, pertama sekali panaskan periuk yang bocor. Kemudian kecilkan api dan gunakan sebelah dalam kulit pisang untuk ditenyeh berulang kali pada tempat yang bocor (seeloknya di kedua-dua bahagian dalam dan luar). Selepas itu, biarkan sekejap di atas api.

Mengikut pengalaman beliau, walaupun dah dibasuh berkali-kali, periuk tetap tidak bocor lagi. Getah semula jadi pada kulit pisang membantu menutup lubang kecil dengan berkesan.

4. Kertas Aluminium

Cara terakhir dan paling mudah — guna kertas aluminium. Rupa kertas ini seakan aluminium foil dan biasanya sudah siap berpelekat. Hanya tampalkan di bahagian periuk yang bocor.

Boleh cari di kedai hardware atau pasar malam. Harganya pun murah, sekitar RM2 sekaki. Cara ini paling praktikal kalau anda perlukan tampalan segera untuk menahan air atau sup panas.

Kesimpulan: Jimat & Praktikal!

Memang jimat kalau anda praktikkan cara tampal periuk bocor guna bahan sedia ada di rumah ini. Namun, petua ini sesuai untuk lubang kecil sahaja. Jika kebocoran terlalu besar, sebaiknya gantikan periuk baru untuk keselamatan.

Kalau tak ada periuk bocor buat masa ini, simpan dulu info ini untuk kegunaan masa depan. Jangan lupa kongsikan dengan rakan-rakan supaya lebih ramai dapat manfaat daripada petua mudah dan menjimatkan ini!

 

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

 

 

 

 

Published by
Elina