Makan

Cara Tajamkan Gunting Dapur Yang Tumpul, Mudah Saja

Share

Cara tajamkan gunting dapur yang dah tumpul. Jangan terus beli baru pulak.

Gunting dapur bila dah lama guna biasanya akan jadi tumpul. Nak potong ikan, ayam dan sayur jadi lambat kerja.

Selalunya kita akan ambil tindakan beli saja gunting baru walau sebenarnya cara untuk tajamkan kembali gunting ini mudah sangat.

Cara tajamkan semula gunting dapur

1. Guna kertas pasir

Ambil kertas pasir kemudian gunting menggunakan gunting yang tumpul. Buat potongan dari dalam ke hujung mata pisau. Lakukan dalam 10-20 kali.,kemudian bersihkan gunting dari kerikil kertas pasir.

2. Botol kaca

Cari botol kaca yang ada di rumah, sama ada botol kicap, cuka, balang dan sebagainya. Kemudian buka gunting seluas-luasnya dan letakkan mata pisau gunting pada bahagian kaca.

Lakukan gerakan seperti menggunting pada botol kaca tujuannya supaya mata pisau diasah pada botol kaca. Ulang sehingga mata pisau tajam. Boleh uji dengan menggunting kain atau kertas.

 

3. Guna aluminium foil

Cara ini sama macam kaedah kertas pasir. Ambil aluminium foil, lipat dua lalu buat potongan menggunakan gunting yang tumpul.

Gunting aluminium foil dari dalam hingga ke hujung mata pisau. Lakukan sehingga rasa gunting sudah kembali tajam.

Cara penjagaan gunting

Pastikan gunting sentiasa kering, rajin-rajinlah meletakkan minyak pada sendinya.

Asingkan gunting untuk kegunaan memotong fabrik, kertas dan sebagainya untuk mengekalkan ketajamannya

Kredit tip: Wikihow

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA

 

Published by
Rose