Cara Simpan Bunga Kantan Agar Tahan Lama & Tak Kecut

Share

Nak tahu cara simpan bunga kantan agar tahan berbulan-bulan? Ini caranya. Maklumlah herba ni memang antara ramuan yang penting dalam masakan. Kalau masak Asam Pedas

tapi tak ada bunga kantan, memang tak jadi. Namun bunga kantan ni sejenis herba yang tak boleh disimpan lama kerana ia cepat mengecut. Rugi juga kalau beli dalam jumlah yang banyak tapi bila lambat guna, ia menjadi lebam dan tak segar. Namun petua perkongsian dari saudari Haidilah Daud
ni anda boleh cuba. Dengan cara ni, bunga katan akan kekal segar walau disimpan berbulan-bulan tanpa berubah bau, warna dan rasa. Memang terbaik. Anda boleh cuba.

 

PETUA SIMPAN BUNGA KANTAN SUPAYA TAHAN LAMA

BAHAN-BAHAN:

  • Bunga kantan
  • Bekas berpenutup

 

CARA-CARA:

1. Leraikan kelopak bunga kantan satu persatu hingga habis. Jangan hiris kerana bunga kantan akan jadi tidak cantik dan kehitaman.

2. Setelah dileraikan, masukkan kelopak bunga kantan tadi ke dalam bekas berpenutup.

3. Simpan di dalam peti sejuk di ruangan sejukbeku. Simpan begitu sahaja dan elakkan isi air.

4. Hasilnya, bunga kantan kekal segar dan tahan hingga 3-4 bulan tanpa berubah warna dan rasa.

Kredit petua & foto: Haidilah Daud

IKLAN