
Beras jika salah cara simpan memang mudah rosak. Penting untuk simpan stok beras dirumah bagi memudahkan kita disaat berlaku kecemasan, bencana, bekalan makanan terputus, harga makanan naik atau ketika bekalan makanan di kedai tiba-tiba terhad dan sebagainya.
Jika di rumah tiada mesin ‘vacuum sealer’ boleh gunakan cara simpan begini supaya beras boleh tahan lama sehingga 2 tahun, elok tak berkutu. Tak perlu jemur beras. Tak perlu sangai beras. Tak perlu simpan dalam peti ais. Perkongsian daripada Puan Sha Ramson Abdullah ini, RASA jadikan inspirasi cara untuk simpan beras di rumah supaya tahan lama.
3-4 ulas bawang putih
Bekas plastik
1.Mula-mula, masukkan beras ke dalam bekas secara berperingkat. Isi beras separuh bahagian dulu untuk lapisan pertama.
2.Kemudian, masukkan 3 atau 4 potongan kecil bawang putih di dalam bekas tersebut.
3.Selepas itu, masukkan beras dan isi sampai penuh bekas. Masukkan pula 2 potongan kecil bawang putih dan tutup rapat bekas tersebut.
Pastikan beras betul-betul penuh dan padat. Caranya goncang bekas beras itu dan jika masih berbunyi, maksudnya ada ruang kosong dalam bekas tu. Penuhkan bekas dengan beras sampai tiada bunyi bila digoncang.
Siap!
Memang mudah dan berkesan simpan beras dengan cara ini. Hanya guna potongan bawang putih dan padatkan beras dalam bekas. Beras tahan lama sehingga 2 tahun, elok tak berkutu. Jangan risau beras tak berbau bawang putih pun, boleh masak seperti biasa.
Selamat Mencuba!
Ingat Makan Ingat RASA
#TipDapurRasa #CaraSimpanBeras #TrikDapur #TipDapur #MajalahRasa #rasashare
Bekas kedap udara bantu elak beras dari lembap dan berkutu.