Cara Senang Dan Paling Cepat Buat Kudapan Popia Seaweed Rangup.

Share

Peminat tegar kudapan boleh cuba buat sendiri kudapan popia seaweed ni. Kalau dulu selalu beli, apa kata kali ni cuba buat sendiri pula, lebih jimat dan lebih berbaloi. Cara mudah untuk hasilkan kudapan ni, jom buat!

 

BAHAN-BAHAN:

  • Seaweed (sy lebih suka seaweed bigbang walaupun harga agak mahal tapi puas hati & ramai customer suka rasanya lain dari yang biasa)

*Harga sepeket lebih kurang RM8-RM10  -Potong/gunting siap2 semua seaweed kepada 2 bahagian macam atas peket seaweed tu

  • Telur (tambah sikit garam/aji/cukup rasa kalau nak)
  • Kulit popia saiz paling besar
  • Berus telur (cari yg jenis plastik bukan yg silicone ye nnt xlawa bila sapu/terlebih telur)

 

CARA MEMBUAT:

  • Lipat kulit popia kepada 2 bahagian
    -Lipatlah macam mana pun bagi ada tanda sikit untuk senang ‘center’ kan seaweed nanti.

  • Sapu telur rata
    -Sapu jangan terlalu banyak & terlalu sikit nanti bila goreng jd kembung n xlawa Sapu setakat nk bagi lekat je. Kena cepat2 sapu telur kalau x kulit popia tu mcm meresap & kulit jadi sangat lembik & tak cantik

  • Letak seaweed bagi center, tekan2 sikit & sapu lagi telur semua permukaan mcm no 3 tadi
  • Lipatkan kulit popia & tekan2 skit guna tapak tgn bg lekat rata. Siap

  • Ni hasil 6 peket seaweed sy buat dlm masa 2jam lebih non stop.
    -Biarkan sekejap/ anginkan bg kering sikit kulit popia tu jangan terlampau kering nanti bila potong jd pecah2.

  • Ni part paling sy suka Guna pisau YANG PALING TAJAM ye kalau pisau xberapa tajam bila potong jd xlawa & melekat2 n terbuka kulit tu. Sy susun sekali 20 keping & potong sama besar. Ikut suka la nak besar mana

  • Dah siap potong tu boleh biarkan jp bg kering skit lepas tu buka la 1 persatu sambil tengok tv.

  • Biarkan dulu kejap atau nak keringkan bwh matahari atau kipas pun ok lg senang nk buka nnt.
    Memang cara sy susun kemas2 gini sebelum buka 1-1

  • Minyak dah betul2 panas baru goreng. Nk buat makan sendiri2 hentam ja la goreng camna pun

Kredit resipi: Wan NoorawiyahMasak Apa Hari Ni.. (MAHN)

 

IKLAN