Cara Salut Tepung Ayam Goreng Supaya Berkerinting Macam KFC

Share

Sedapnya Ayam Goreng ala KFC ni. Kalau makan di restoran makanan segera, pasti mahal harganya. Kini anda boleh hasilkan menu yang seakan sama namun secara homemade. Lebih jimat dan puas makan. Guna 2 bahan je. Sesuai untuk ibu-ibu yang sukakan resipi yang simple dan cepat. Oh ya…Pasti ramai tertanya-tanya macam mana nak buat Ayam Goreng yang rangup dan berkerinting macam di restoran tu kan? Saudari Reha Rahma ada kongsikan petuanya. Selamat mencuba!

 

CARA BUAT AYAM GORENG ALA KFC YANG SEDAP

BAHAN-BAHAN:
1kg kepak ayam
1 mangkuk air

BAHAN PERAP:
1 sudu teh serbuk kunyit beli online disini
3 sudu makan stok pati ayam maggi beli online disini

BAHAN SALUTAN AYAM:
1 cawan tepung gandum beli online disini
1/2 cawan tepung bistari beli online disini

 

Jom tonton video MINIT EKSPRESS : Resipi PAD KRA PAO

 

CARA MEMASAK:
1.Bersihkan ayam. Gaulkan bersama serbuk kunyit.

2. Masukkan stok pati ayam. Sebatikan. Perasa ini sudah lengkap semua bahan untuk jadi bahan perapan yang enak.

3. Perap ayam selama sejam atau lebih. Lagi lama lagi sedap. Empunya resipi biasanya perap semalaman di dalam peti.

4. Untuk bahan salutan, satukan tepung bistari dan tepung gandum.

5. Salut ayam perapan dengan tepung hingga rata.

6. Petua untuk dapatkan salutan ayam yang berkerinting adalah dengan mencelupkan ayam bersalut tepung ke dalam air rendam selama beberapa saat.

7. Kemudian salut sekali lagi dengan tepung sampai nampak keriting pada tepungnya. Untuk hasilkan lebih banyak kerinting, boleh ulang langkah dengan rendam ayam sekali lagi ke dalam air dan salut dengan tepung macam proses awal tadi.

8. Goreng ayam dengan api sederhana sehingga garing dan kekuningan.

9. Angkat, toskan minyak dan sedia untuk dinikmati.

Kredit resipi & foto: Reha Rahma

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

 

IKLAN