Cara Potongan Bawang Rupanya Mempengaruhi Rasa Masakan. Ini Yang Anda Perlu Tahu!

Share

Rasanya hampir setiap masakan kita pasti akan menggunakan bawang merah. Rupanya ada pelbagai cara potongan bawang merah yang anda tak tahu dan ia juga sebenarnya mempengaruhi rasa masakan anda.

Bukan itu sahaja, sesetengah potongan juga mungkin tidak sesuai untuk sesetengah resipi. Nak tahu lebih lanjut, ayuh kita baca perkongsian Mohammad Faeez Harith di laman Twitter miliknya.

Jenis-jenis Potongan Bawang:

1. Potong
Potong bermaksud bawang akan dipotong secara melintang. Bermula dari potong akan menghasilkan potongan gegelung dan mayang.

2. Gegelung
Mula dari potong dan diulang-ulang mengikut ketebalan yang dikehendaki. Potongan begini biasanya sesuai untuk masak kicap dan masak merah.

3. Mayang
Hirisan halus tetapi melintang. Kebiasaannya untuk membuat bawang goreng atau ditumis.

4. Belah
Potongan secara menegak untuk menghasilkan potongan yang lainnya.

5. Baji
Juga disebut sebagai ‘wedges’ dalam Bahasa Inggeris. Biasanya potongan ini digunakan untuk hiasan seperti di dalam sup atau kari dan sebagainya. Juga digunakan untuk kebab.

BACA JUGA: Rupanya Ada 5 Jenis Sos Tiram Berbeza, Chef Amer Kongsi Petua Pilih Sos Yang Betul

6. Hiris
Potongan nipis, halus secara menegak yang berulang-ulang. Sesuai untuk menumis atau dibuat ulam, rencah sambal, budu, cencaluk dan sebagainya.

7. Dadu
Biasanya untuk buat cekodok dan jemput-jemput bilis atau bawang.

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi

]

8. Dadu Kecil atau Cincang Kasar
untuk tumisan nasi goreng, mi goreng dan sebagainya.

9. Cincang
Untuk perapan, tumisan dan sebagainya.

Penting ke potongan ini semua? Ia penting untuk sesetengah resipi kerana lain cara potongan boleh mempengaruhi rasa masakan dan tempoh memasak. Jadi, perlu teliti resipi terlebih dahulu sebelum mula memotong.

Selamat memasak!

 

Kredit: Mohammad Faeez Harith

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official:

 

 

 

IKLAN