Lauk sayur petola sama ada dicelur, dibuat masak tumis atau masak lemak putih memang tersangatlah sedap.
Cuma sebelum dimasak kena pandai pilih petola supaya tak terambil yang pahit, keras dan bersabut. Bagi yang masih tak tahu cara untuk memilih sayur ini boleh gunakan tip yang dikongsi oleh Afy Al Habibi.
Tip pilih petola yang tak pahit, keras dan bersabut
1. Sewaktu memilih perhatikan supaya petola yang diambil tiada bekas gigitan serangga yang membuat lubang kecil. Biasanya sekeliling lubang bewarna kuning cair. Petola yang digigit serangga biasanya pahit.
2. Pilih petola yang muda, cara untuk kenal pasti adalah dengan menekan perlahan petola. Pilih yang masih lembut, sekiranya keras bermakna petola sudah tua dan akan bersabut.
3. Cari petola yang berwarna gelap, muda, saiz tak terlalu besar. Petola yang besar selalunya sudah tula dan tak sedap dimakan kerana bersabut.
Nota: Cara bersihkan petola, sebelum masak buang bahagian bergaris pada petola, kemudian barulah dipotong.
Tanam sendiri pucuk manis, atau pokok cekur manis di rumah kalau suka makan sayur ini. Pucuk manis ini buat masak lemak putih memang sedap. Memang menambah nasi apa lagi kalau dihidang dengan ikan goreng dan sambal belacan.
Cara menanam pucuk manis ini juga mudah dan tak perlu laman luas, tanam dalam pasu pun boleh. Kalau ada dua tiga pokok memang dah cukup untuk makan sayur ini selalu.
Pokok sayur ini biasanya ditanam melalui biji benih dan keratan batang. Akan tetapi ia lebih mudah ditanam menggunakan keratan batang. Selain itu tanam pucuk manis dengan kaedah ini juga hasilnya lebih bermutu.
-Kerat batang pucuk manis, pilih batang yang sihat.
-Buang daun-daun yang ada pada keratan dan rendam dalam air beberapa hari.
-Bila dah nampak sedikit akar bolehlah terus tanam dalam polibeg atau pasu.
-Dalam satu pasu, semai dalam 2-3 keratan batang. Jangan banyak kerana pucuk atau daun yang terhasil nanti kecil.
-Siram setiap hari, biar tanam lembap. Untuk pembajaan boleh guna tinja ayam. Lakukan pembajaan 2 minggu sekali jika tanam dalam pasu. Letak baja di hujung pasu, elak terkena pangkal kerana baja sifatnya panas. Jika tanam di atas batas lakukan pembajaan sebulan sekali.
-Pokok pucuk manis ini boleh tumbuh subur di kawasan bercahaya matahari penuh ataupun di kawasan naungan yang redup.
-Ia juga mampu bertahan terhadap tanah yang mempunyai kandungan asid yang tinggi (masam kelat), selain mampu dan boleh tumbuh di kawasan tanah liat.
-Selepas 40-60 hari, pokok cekur ini akan mula menampakkan pucuk. Paling sesuai untuk dituai selepas 3 bulan ditanam.
Tip agar pokok mengeluarkan pucuk baru, cantas setiap 6 bulan batang pokok sehingga 1 meter dari pangkal.
Tercari-cari cara nak lembutkan daging? Maklumlah, daging yang liat ni akan melambatkan proses memasak. Kalau masak dalam kuantiti banyak, sampai berjam-jam lamanya. Penat kan? Ada dua petua untuk melembutkan dagingyang dikongsi oleh saudari Mahamidah Hamdan dan saudara Nizam Tahar. Ramai yang dah cuba dan menjadi. Nanti bolehlah masak macam-macam lauk berasaskan daging dengan mudah. Memang puas hati.
PETUA 1: CARA LEMBUTKAN DAGING- PETUA DARI TUKANG MASAK THAI (GUNA AIS)
Cara ini selalu dipraktikkan bila nak masak lauk berasaskan daging seperti sup daging atau sup tulang. Memang sekejap sahaja proses memasaknya. Caranya adalah:
Kredit petua & gambar: Nizam Tahar
PETUA 2: CARA LEMBUTKAN DAGING CARA CIKGU IDA (GUNA MINYAK MASAK)
Biasanya, bila nak melembutkan daging, orang akan rebus. Tapi petua di bawah ini berbeza kerana ia menggunakan minyak masak. Caranya ialah:
1. Masukkan 2 sudu makan minyak masak ke dalam kuali. Panaskan.
2. Masukkan daging. Air dari daging akan keluar sendiri.
3. Guna api yang kuat. Kacau sekali sekala sahaja sampai air kering.
4. Bila air hampir kering, kacau banyak kali.
5. Bila air kering, daging akan jadi lembut dan empuk. Memang mudah dan simple je.
6. Lepas tu bolehlah masak daging tersebut mengikut cita rasa anda.
Ada masa kita tiada mood nak masak atau pun sibuk sampai tak sempat masak. Sudahnya beras yang ada di rumah penuh dengan kutu atau pun bubuk. Kadang-kadang beras baru yang masih dalam kampit pun dah dimasuki binatang kecil ini. Banyak pulak tu!
Kalau beras baru takkan nak buang kan, sayang… Jadi boleh guna cara ini untuk halau kutu beras ini. Tak perlu kutip satu-satu ya.
Melalui akaun Tik Tok @nz.pgs beliau menunjukkan cara paling mudah untuk mengeluarkan kutu beras yang penuh dalam bekas beras. Caranya mudah cuma guna bawang putih saja
1. Letak beras yang penuh dengan kutu beras ini dalam bekas terbuka.
2. Ambil satu labu bawang putih dan potong dua.
3. Letak bawang putih ini di permukaan beras atau benamkan. Biarkan seharian kemudian keluarkan. Contoh letakkan bawang putih pada waktu pagi dan keluarkan sebelah petang.
4. Hasilnya semua kutu beras akan keluar dengan sendiri dari beras tanpa ada satu pun tertinggal. Beras akan bersih dan boleh digunakan.
Makan telur waktu demam sering dianggap berbahaya, tapi adakah ia benar atau sekadar mitos? Ketahui fakta sains sebenar dan cara terbaik mengambil telur ketika sakit.