Cara Pantas Buat Piza Guna Roti Arab. Tak Perlu Uli Doh & Tak Guna Oven.

Share

Tak terasa nak makan nasi? Ini ada cara-cara buat piza yang paling senang! Anda tak perlu susah-susah nak uli tepung dan tak guna ketuhar pun untuk masak. Sangat senang kan? Jom cuba resipi perkongsian saudari SyazwAni DaRwiny ni. Memang terbaik!

 

RESIPI PIZA EKSPRESS GUNA ROTI ARAB

BAHAN-BAHAN:

  • Roti arab secukupnya
  • Sos pasta @ tomato puri
  • Sos cili secukupnya
  • Mayones
  • Mentega @ marjerin
  • Keju mozarella

BAHAN TOPPING (BOLEH PELBAGAIKAN IKUT CITARASA):

  • Bawang Holland – dipotong dadu kecil
  • Sosej – dihiris
  • Isi ketam – dihiris
  • Cili benggala – dipotong kecil
  • Cili merah – dihiris

 

CARA MEMASAK:

1. Ambil sekeping roti arab dan sapu mentega di kedua-dua belah permukaan roti.

2. Sapu sos pasta. Jumlahnya ikut citarasa masing-masing.

3. Kemudian letak bahan-bahan topping dengan rata.

4. Paipkan juga mayones dan sos cili.

5. Taburkan keju mozzarella. Lagi banyak keju, lagi sedap!

6. Akhir sekali taburkan oregano leaves & chili flakes untuk menjadikan rasa piza lebih sedap dan wangi.

7. Masukkan piza ke dalam pemanggang yang telah dipanaskan dan masak selama 8-10 minit menggunakan api yang paling kecil. Jika besar, dasar roti akan hangus dan tak sedap.

8. Bila keju dah cair, angkat. Sedia untuk dinikmati.

 

Kredit resipi & foto: SyazwAni DaRwiny

IKLAN