Ingin membuat meat ball atau bebola daging sendiri, tapi hadapi masalah adunan hancur, daging keras dan kering? Jangan putus asa, tip berikut boleh membantu korang menyelesaikan segala masalah tersebut. Sebaliknya korang boleh menghasilkan bebola daging yang padat, lembut dan berjus bila diolah dalam pelbagai jenis menu yang mudah dan sedap. Nak tau apa rahsianya, ikut tip berikut ye:-
Pilih Daging Kisar Segar & Elok Teksturnya:
Ini penting, pilihan terbaik adalah daging lembu kisar segar , ia berwarna merah cerah, tekstur kisarnya padat, tidak berlendur dan tiada kandungan darah. Sebaiknya, olah terus daging kisar selepas membelinya. Ia memberi jaminan bebola daging yang segar dan berkualiti.
Campur Telur Atau Tepung Elak Bebola Daging Hancur:
Untuk hasilkan bebola daging yang sedap, daging kisar perlu dicampurkan dengan bahan ramuan rempah ratus dan herb serbuk. Untuk memberikan lebih rasa tekstur, korang boleh tambahkan bahan tambahan yang dicincang halus seperti bawang bersama daging kisar. Untuk memastikan semua bahan bercampur sebati, korang boleh tambahkan telur atau tepung di dalam adunan bebola daging. Adun semua bahan ini sehingga ia mudah dibetuk bulat dan tidak mudah pecah atau hancur.
Ads
Rebus Atau Goreng Sebentar:
Selepas aduanan bebola daging dibentuk bulat, rebus atau goreng sebentar hingga permukaan bertukar warna, jika direbus ia bertukar warna kelabu dan digoreng dengan minyak sedikit hingga bertukar warna kecoklatan. Tujuannya supaya tekstur tidak hancur dan kekal bulat semasa proses memasak.
Ads
Elakkan Dari Kerap Mengacaunya Semasa Digoreng Atau Ditumis:
Apabila bebola cantik bentuk dan teksturnya selepas direbus dan digoreng sebenar. Ia sedia diolah dalam menu yang korang pilih. Tetapi jangan terlalu kerap kacau atau membalik-balikkannya semasa proses memasak, dibimbangi ia akan hancur.
Senangkan? Jadi jomlah kita buat sendiri bebola daging sebagai tambahan lauk-pauk dan juga sebagai kudapan atau bekal untuk anak ke sekolah.
Ads
BEBOLA DAGING SOS MENTEGA CILI PADI
BAHAN-BAHAN:
BAHAN N BEBOLA DAGING:
300gm daging kisar
1 sudu teh serbuk lada hitam
1 sudu teh garam halus
1 sudu teh serbuk pati daging
Sedikit hirisan daun parsli
2 sudu makan tepung ubi kayu
BAHAN SOS:
200ml susu segar
3 sudu makan mentega
1 sudu makan keju parmesan
1/2 biji bawang Holland | cincang halus
4 ulas bawang putih | cincang halus
8 biji cili padi hiris halus
1 tangkai daun kari | lurut dari tangkai
Sedikit garam dan gula
CARA MEMASAK:
Masukkan daging kisar dalam mangkuk kemudian campurkan dengan semua bahan lain.
Gaul rata hingga sebati, kemudian bentukkan seperti bola pingpong, ketepikan.
Panaskan sedikit minyak dalam kuali leper, tumis daging hingga bertukar warna keperangan.
Angkat dan ketepikan.
Untuk menyediakan sos, panaskan mentega dalam kali, tumiskan bawang putih, Holland, cili padi.
Tumis hingga wangi, baru masukkan daun kari.
Kacau seketika, masukkan susu cair, kecilkan api dan terus kacau.
Perasakan dengan sedikit garam dan gula.
Setelah cukup rasa taburkan serbuk keju parmesan dan tuangka sos dalam pinggan berisi bebola daging tadi dan hidangkan panas-panas
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Jika anda seorang penggemar laksa, sudah pasti tahu menilai kesedapan laksa yang dirasai. Kesedapan laksa terletak pada kuah laksa yang dihasilkan. Pilihan ikan yang digunakan memberi rasa yang berbeza pada kuah laksa tersebut. Seperti yang dikongsi oleh Nurbaizura SaNi. Asam Laksa Cina yang dimasak ini ia seakan laksa penang. Rupanya pun seakan tapi rasa dia berbeza sebab asam laksa cina ni lebih masam dan yang best rasa rempah lebih. ” Saya suka masakan banyak rempah rasa puas bila makan . Warna kuah dia tak berapa nak merah sebab saya masak untuk anak anak makan sekali,” ujarnya.
Bahan-bahan:
2 labu bawang besar
Serbuk cili
Lengkuas
Kunyit hidup
Belacan melaka
Cili burung – bubuh banyak kalau nak pedas
Blend semua bahan bahan diatas.
Serai 3 batang (ketuk)
Daun kesum
Bunga kantan
Asam jawa
Asam keping (saya letak 8 keping)
Isi ikan 1 kg (Blend sampai hancur)
Masukkan semua bahan yang diblend, isi ikan dan sayuran seperti diatas.
Makanan bergoreng memang sedap dan rangup, tapi ia sebenarnya mempunyai kandungan kolesstrol yang tinggi. Dah tentu-tentu ia tidak baik untuk kesihatan terutama masalah jantung dan tekanan darah tinggi. Kalau anda sukar mengelakkan makanan bergoreng, ini ada tiga cara menggoreng yang boleh diamalkan bagi mengurangkan kandungan kolestrolnya.
Guna Minyak Bersih
Penggunaan minyak baru yang bersih menjadikan kadar kolestrol makanan yang digoreng adalah selamat dimakan kerana kadar kolestrolnya tidak terlalu tinggi.
Masukkan Makanan Bila Minyak Betul-Betul Panas
Pastikan minyak betul-betul panas baru masukkan makanan yang hendak digoreng. Dengan cara ini makanan yang digoreng lebih cepat garing dan masak. Masa yang sama makanan tidak akan menyerap banyak kolestrol dari minyak gorengan.
Tapis Makanan
Gunakan penapis semasa mengangkat makanan yang digoreng supaya minyak yang melekat pada makanan tiris ke bawah dan makanan tidak berminyak. Kemudian letakkan makanan atas tisu dapur supaya baki minyak meresap pada tisu sebelum makanan sedia dihidangkan.
Aduhai nikmatnya makan durian, kena pulak dengan rasanya yang lemak manis bergas. Arhhh memang terbaik hingga soal baunya dah ta kisah. Tapi bagi yang tak suka, tercium baunya saja dah pening kepala dan nak termuntah dibuatnya
Susahnya kalau dalam rumah hanya korang je yang suka atau ada dua tiga orang suka yang lain tak suka, masalah jadinya sebab bau duriannya sangat degil untuk dihilangkan. Tapi jangan risau ini ada tip macam mana korang nak hilangkaan bau mulut dan tangan selepas makan durian dengan mudah.
Caranya, semasa beli durian, jangan kupas kulitnya jika belum sedia memakannya, kedua gunakan pangsa durian untuk mencuci tangan, cucilah tangan dengan mengosok-gosokkan jejari di pangsa durian (bahagian dalam kulit durian berwarna putih).
Jika masih ada bau lagi, ambil sedikit beras, kemudian kunyah-kunyaha sekurang-kurangnya seminit atau hingga bau durian hilang atau berkurangan. Mengunyah beras ini juga boleh dimanfaatkan untuk menghilangkan bau mulut kerana makan jering.
Selain itu, korang boleh berkumur-kumur menggunakan air garam kerana air garam mempunyai kandungan sodium yang bertindak sebagai anti bakterian dan sterilisasi. Oleh itu, bukan hanya bau durian hilang tapi ia membantu mengulangkan rasa panas dalam badan akibat makan durian banyak, kerana air putih membantu proses metabolisme dlam tubuh. Pun begitu minum air putih juga boleh menutrialisasi suhu panas tubuh
Kalau semua cara ini tidak boleh dilakukan, cara paling senang untuk menghilangkan bau durian yang melekat pada mulut adalah dengan minum air putih lebih banyak kerana , ia mampu menutrealisasikan suhu panas yang disebabkan oleh durian.
Nak hasil masakan garing di luar, lembut di dalam tanpa minyak banyak? Jom tengok Carta Cheat Sheet Air Fryer lengkap — panduan suhu & masa untuk semua jenis makanan, cepat dan sedap setiap kali!