Cara Nak Buat Ayam Masak Sos Tiram Lembut & Berjus

Share

Masakan paling mudah dan sedap untuk anak-anak. Menu yang sesuai bersifat savori tapi manis, ayam masak sos tiram style cina.

Perasan tak, kalau masakan cina ayamnya dimasak lembut dan berjus. Berbeza dengan ayam masak sos tiram versi Melayu. Ayam sos tiram versi Melayu digoreng garing dahulu kemudian baru dicampur ke dalam kuah sos tiram.

Haa, kali ni kita kongsikan resipi daripada Zurina Zulkefli cara macam mana nak buat ayam lembut dan berjus. Rasa sos yang pekat tapi tidak terlalu masin. Senang je.

 

AYAM MASAK SOS TIRAM STYLE CINA

BAHAN-BAHAN:

Ayam (sediakan dalam potongan sup)
Secubit serbuk kunyit
Sedikit garam
2-3 titis cuka makan
1 ulas bawang putih | diketuk – beli online di sini
Daun bawang | dihiris
1 biji bawang merah | dihiris
¼ biji lobak merah | dihiris halus memanjang – beli online di sini
1 sudu besar kicap pekat
1 sudu besar kicap cair
1 sudu besar sos tiram
2 sudu besar air bancuhan tepung jagung

TONTON Kelas Masakan Eksklusif Raya Live Bersama Anchor

TONTON Kek Batik Milky Cheese Horlick, Memang Sedap

CARA MASAK:

1. Gaul sebati dan perap ayam dengan serbuk kunyit, garam dan cuka makan selama 10 minit.


2. Panaskan 2 sudu minyak masak ke dalam pan. Masukkan ayam. Tutup pan.


3. Biarkan ayam keluarkan jus dan masak dalam proses pengewapan.
4. Bila buka penutup pan, ayam akan jadi warna keemasan seperti ini. Balik-balikkan dan tutup semula pan.


5. Biarkan ayam sehingga jus kering.

[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]


6. Campakkan bahan seperti bawang putih, bawang merah dan hirisan lobak merah. Masukkan sedikit air. Biarkan air tersebut mendidih.

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]


7. Tutup lagi. Biarkan ayam masak sehingga air kering. Bila air dah kering.
8.Masukkan kicap pekat, kicap cair dan sos tiram. Tak perlu lagi tambahan perasa lain.


9. Masukkan dua sudu air bancuhan tepung jagung. Kacau sebati sehingga kuah menjadi pekat dan likat. Akhir sekali masukkan hirisan daun bawang.

Kredit resipi: Zurina Zulkefli

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa

Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official

IKLAN