Cara Mudah & Tak Banyak Bahan Buat Pes Ikan Bakar

Share

Menu ikan bakar ni, bila makan ramai-ramai memang sedap. Lagi tambah berselera bila pes yang digunakan meresap betul dalam isi ikan.

Resipi ikan kap bakar oleh Imah Arissa ini, sesuai untuk 4-5 orang makan. Boleh juga gunakan resipi pes ini untuk buat ayam bakar.

 

RESIPI PES IKAN BAKAR

BAHAN-BHAN:

10 tangkai cili kering – beli online di sini


2 batang serai – beli online di sini
Halia/lengkuas besar ibu jari – beli online di sini
2 biji bawang besar – beli online di sini
5 ulas bawang putih – beli online di sini
Santan (saya beli yang peket RM2) – beli online di sini
Gula & garam
Perasa secukup rasa

TONTON Satay Lembut & Juicy… | Makan Di Mana Eps 20

TONTON Asam Pedas Ikan Kembung | Dapur Rasa Live

CARA-CARA:

1. Kisar semua bahan. Panaskan minyak. Masukkan bahan kisar tadi. Tumis sehingga kelihatan pekat sikit.


2. Kemudian, masukkan gula, garam dan perasa secukupnya. Bila rasa dah sesuai, tutup api.

[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

3. Lumurkan pes ini pada ikan kap yang telah disiang dan dibersihkan. Bakar sehingga masak.

*Pes ini juga sesuai untuk buat ayam bakar.

Kredit resipi: Imah Arissa

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa

Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official

 

IKLAN