Cara Mudah Buat Kek Batik Cadburry, Kurang Manis Tapi Tetap Sedap

Share

Bila sebut tang kek batik, tak semua orang suka akan kemanisannya. Lain tekak lainlah citarasanya kan.

Banyak versi yang muncul untuk buat kek batik, tapi yang ini memang sesuai untuk mereka yang gemarkan kek kurang manis.

Boleh cuba resipi daripada Mohamad Arymin, memang sedap! Sesuai untuk kudapan minum petang.

Kurangkan manis dalam makanan, lebihkan manis dalam senyuman.

 

KEK BATIK CARDBURRY

ADUNAN KEK

1 paket biskut marie | patah-patahkan – beli online DI SINI


200gm serbuk milo – beli online DI SINI
250gm mentega – beli online DI SINI
½ tin susu pekat (kalau nak manis, boleh lebihkan) – beli online DI SINI

 

TONTON DAPUR RASA LIVE: Mango Baked Cheesecake

TONTON Minit Ekspress: Sagu Gula Melaka 

 

CARA-CARA:

1. Cairkan mentega dalam kuali. Masukkan serbuk milo dan susu pekat. Kacau rata.

2. Masukkan biskut marie, gaul rata.

3. Tuang adunan ke dalam loyang yang dialas dengan parchment paper, lalu mampatkan.

 

4. Tunggu adunan sejuk sedikit, barulah masukkan dalam chiller selama 2-3 jam.

 

5. Sambil menunggu, siapkan toppingnya.

 

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

 

BAHAN ADUNAN TOPPING

1 bar chocolate

cardburry (tak kisah perisa apa)
30gm serbuk milo – beli online DI SINI
80 ml susu segar 
1 sudu besar mentega – beli online DI SINI

CARA-CARA:

1. Cairkan mentega, coklat dan serbuk milo (guna kaedah double boiler ataupun guna microwave saja selama 1-2 minit)

2. Kemudian, masukkan susu segar. Kacau sampai likat.
3. Sejukkan dan tuang atas kek batik tadi. Sedia untuk dihidang.

Kredit resipi: Mohamad Arymin

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa

Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official

IKLAN