Cara Mudah Masak Mi Kicap & Sup Wantan Yang Mudah & Sedap.

Share

Sedapnya menu Mi Kicap dan Sup Wantan ni. Tetapi jika nikmati di kedai atau restoran, semangkuk hidangan Mi Kicap bersama Sup Wantan boleh mencecah harga belasan ringgit. Makan pun tak puas. Jadi bagi anda yang nak cuba masak sendiri sajian ni, resipi perkongsian saudari AliyaFarhana Chomeyy ni antara yang mudah untuk dicuba. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.

RESIPI MI KICAP, WANTAN & SUP WANTAN

RESIPI WANTAN:

BAHAN-BAHAN:

  • Kulit wantan segera (boleh beli di pasaraya)
  • 2 keping dada ayam – dicincang (nak letak isi udang cincang pun boleh)
  • 1/2 biji bawang holland – diracik
  • Sedikit lobak merah – diracik
  • 1 sudu teh lada sulah
  • 1 sudu teh tepung jagung
  • 1 sudu makan minyak bawang putih
  • 1 sudu teh garam
  • Sikit daun bawang – diracik halus

CARA MEMASAK:

1. Gaulkan semua bahan diatas ( kecuali kulit wantan) hingga sebati.

2. Ambil kulit wantan dan letak isi ayam yang sudah digaul di tengah-tengah.

3. Sapukan sedikit air di hujung kulit wantan dan bunjutkan. Boleh juga dilipat segitiga atau dikelim mengikut kreativiti anda.

4. Bila siap, wantan boleh digoreng, dikukus atau direbus bersama sup.

 

RESIPI SUP WANTAN:

BAHAN-BAHAN:

  • 2 gelas air – lebihkan jika nak lebih banyak sup
  • Tulang ayam – lebihan dari dada ayam tadi.
  • Bebola ikan secukupnya
  • 1 sudu teh serbuk pati ayam
  • 1 sudu teh lada sulah
  • 1cm halia – dihiris nipis
  • 2 sudu makan minyak bawang putih
  • Garam cukup rasa
  • Wantan yang dihasilkan tadi

CARA MEMASAK:

  1. Satukan semua bahan diatas ( kecuali bebola ikan dan wantan) dan masak hingga mendidih.
  2. Kemudian akhir sekali masukkan bebola dan juga wantan. Biar mendidih sekali lagi barulah padamkan api.

MI KICAP

BAHAN-BAHAN:

  • 1 paket mi wantan – boleh beli di pasaraya
  • 4 sudu makan kicap pekat
  • 2 sudu makan kicap cair/manis
  • 2 sudu makan sos tiram
  • 2 sudu teh lada sulah

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan air dan celur mi wantan. Toskan.
  2. Masukkan mi ke dalam bekas dan tuang semua bahan-bahan lain. Gaul hingga rata.
  3. Hidangkan mi dengan wantan goreng, sup wantan dan juga cili jeruk. Selamat mencuba!

Kredit resipi & foto: AliyaFarhana Chomeyy

IKLAN