Cara Mudah Masak Ayam Untuk Sajian Nasi Ayam.

Share

Kalau makan nasi ayam di kedai, pasti tertanya-tanya macam mana hasilkan ayam yang sedap, garing diluar tapi lembut di dalam. Menerusi perkongsian saudara Mohd Azlie, beliau mengajar cara-cara untuk menyediakan hidangan ayam yang sedap dan ‘juicy’ untuk sajian nasi ayam. Mudah je rupanya. Bolehlah cuba nanti.

 

CARA MASAK AYAM UNTUK HIDANGAN NASI AYAM

 

BAHAN-BAHAN:

  • 1 ekor ayam segar – tanpa potong

BAHAN AIR REBUSAN AYAM:

  • 3 liter air – boleh lebihkan bergantung pada saiz ayam
  • 1/2 senduk besar garam
  • 1-2 biji jus limau nipis
  • 1 senduk besar gula atau madu -jika nak lebih sedap, guna madu
  • Kicap pekat secukupnya – jumlahnya agak-agak warna air tu jadi macam teh o nipis.

CARA MEMASAK:

Didihkan air dan masukkan semua bahan untuk air rebusan ayam.

Bila air mendidih sekali lagi, masukkan ayam. Rebus selama 4 minit.

Angkat ayam tadi dan sejukkan sampai kulit ayam nampak kering. Kalau nak cepat kering, kipaskan atau jemur dalam masa 15 minit lebih kurang.

Panaskan minyak yang banyak sekurang-kurangnya boleh menenggelamkan seluruh badan ayam.

Panaskan minyak selama 15 minit menggunakan api sederhana. Pastikan api tidak terlalu kuat dan tidak terlalu kecil.

Masukkan ayam dan setkan masa antara 15-18 minit.

Angkat ayam dan toskan minyaknya. Bolehlah dipotong dan dihidangkan.

 

Kredit resipi & foto: Mohd Azlie

IKLAN