Cara Mudah Simpan Bawang Kisar Supaya Tahan Lebih 2 Minggu.

Share

Nak tahu cara simpan bawang kisar tahan lama? Maklumlah, penyediaan awal rencah memasak seperti bawang merah, bawang putih, bawang besar dan halia kisar adalah salah satu cara untuk menjimatkan masa memasak. Tetapi ada yang bersungut, bawang kisar tidak dapat bertahan lama walaupun disimpan dalam peti sejuk. Usah risau. Ada cara untuk menjadikan bawang kisar anda tahan lama. Ikuti petua di bawah ini.

 

CARA KISAR BAWANG SUPAYA TAHAN LAMA & LAMBAT MASAM

BAHAN-BAHAN:
• Bawang merah/putih/besar| dikupas kulit, dibasuh dan dikeringkan
• Minyak masak | kuantiti bergantung kepada jumlah bawang
• Mesin pengisar
• Sedikit garam halus

CARA-CARA:

1. Potong bawang dan masukkan ke dalam mesin pengisar. Sebaiknya asingkan bawang ikut jenis dan tidak bercampur.

2. Masukkan minyak. Kuantitinya bergantung kepada jumlah bawang yang hendak dikisar.

3. Kisar hingga halus atau ikut tekstur yang dikehendaki.

4. Masukkan ke dalam bekas yang bersih dan kering. Tabur sedikit garam halus di permukaan kisaran bawang.

5. Tutup bekas dengan rapat dan simpan di dalam peti sejuk. Insya-Allah bawang kisar anda akan tahan lama.

6. Untuk memasak, ceduk sahaja kisaran bawang dan tumis seperti biasa. Hasilnya, kerja masak lebih mudah & kemanisan bawang tak hilang.

IKLAN