Peralatan memasak seperti kuali, periuk dan cerek memang mudah kotor dan lekat kesan jelaga. Kadang kala cuci pakai sabun biasa pun tak nak tanggal. Anda boleh cuba petua perkongsian saudari Dahriah Damsah ni. Hasilnya memang mengagumkan.
PETUA SENTAL PERIUK AGAR SENTIASA NAMPAK BARU
BAHAN-BAHAN:
Sabun mandi ( buku)
Dawai besi
Ads
CARA-CARA:
1. Bersihkan kuali dan periuk anda menggunakan sabun mandi serta sental menggunakan dawai besi.
Ads
Ads
2. Basuh bersih dan hasilnya, peralatan dapur anda akan lebih mudah bersih dan kelihatan seperti baru.
Tak kena cara, ikan, daging atau ayam yang anda cuci masih berbau hanyir. Kadang-kadang sudah dimasak pun masih bau hanyir tidak hilang. Kali ini jangan bimbang lagi, RASA kongsikan dengan anda semua beberapa petua atau tip mudah untuk nyahkan bau hanyir degil hanya menggunakan bahan yang ada dalam dapur saja.
HALIA
Halia adalah herba campuran bahan masakan yang mempunyai bau khas yang boleh menghilangkan bau hanyir pada ikan mahupun daging. Kandungan enzim proteolitik dalam halia dikatakan boleh memecahkan protein yang menyebabkan daging yang digaul dengan halia hilang hanyir dan lebih cepat empuk bila dimasak.
Campuran Cuka Dan Tomato
Rasa masam pada cuka dan tomato bukan hanya boleh menghilangkan bau hanyir tetaoi juga membuatkan daging yang telah dimasak tidak mudah basi.
Nanas
Buah nanas sangat berkesan untuk menghilangkan bau hanyir bukan hanya daging tetapi juga ikan dan ayam. Anda hanya perlu parut nanas kemudian gaulkan dengan daging atau ikan, biarkan selama satu jam kemudian cuci bersih dan sedia dimasak mengikut menu kesukaan anda.
Limau Nipis
Bau dan masam limau nipis sememangnya mampu menghilangkan bau hanyir secara semulajadi, malah ia juga dikatakan mampu menghilangkan bakteria yang menyebabkan daging cepat busuk. Anda hanya perlu perahkan jus limau pada daging, kemudian gaul rata dan cuci bersih sebelum sedia dimasak.
Daun Betik
Jika anda mempunyai pokok betik, manfaatkan daunnya. Selain fungsi utamanya untuk mengempukkan daging, masa yang sama membantu menghilangkan bau hanyirnya sekali.
Harap info ini dapat membantu anda dan selamat mencuba.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Buah nenas adalah superfood yang banyak khasiatnya, dan bagi yang menyukainya mungkin akan membelinya beberapa biji sekali gus dimakan. Terutama sekali jika harganya murah.
Cuma jika beli dalam kuantiti yang banyak, cara menyimpan nenas ini perlulah betul supaya tak cepat rosak. Selalunya kita mungkin kupas sebiji saja dan selebihnya disimpan. Memandangkan kita tak menyimpannya dalam peti sejuk jadi boleh praktikkan cara simpan nenas agar tahan lama yang dikongsi oleh Huda Zainal.
Ujar beliau di rumahnya nenas memang buah yang tak putus stok, sekali beli 3 biji terus. Selalu selepas tiga hari buah nenas yang terakhir dipotong sudah lembik dan busuk.
Tapi sejak mempraktikkan tip yang diperoleh dari satu video, buah ini masih elok sehingga 6 hari, tak busuk atau berair. Caranya mudah sangat;
1. Potong dulu bahagian atas/ jambul nenas. Buang daun-daun yang tajam.
2. Sediakan bekas dan letak nenas secara terbalik. Bahagian atas letak ke bawah.
Itu saja, cara ini nenas akan tahan sampai 6 hari.
Semperit memang mudah dihasilkan namun yang renyahnya apabila tiba bab nak tekan acuan. Bagi yang kurang mahir, pasti rupa doh yang ditekan ada bermacam-macam saiz. Ada yang besar, ada yang agak nipis, ada yang senget dan sebagainya.
Melalui perkongsian saudari ChuYusmini, beliau telah menunjukkan cara menekan acuan semperit yang mana hasilnya sangat cantik dan kelihatan sekata tanpa ada senget-senget. Mudah sahaja. Hanya menggunakan muncung botol yang telah dipotong yang diselit pada acuan semperit. Memang kreatif! Anda pun boleh cuba cara ni.
CARA TEKAN ACUAN SEMPERIT TANPA SAKITKAN TANGAN
1. Potong muncung botol mineral seperti dalam gambar di bawah.
2. Sumbat acuan seperti ini.
3. Isi doh semperit hingga memenuhi acuan.
4. Tekan diatas dulang pembakar atau tudung periuk. Lakukan hingga habis.
5. Letakkan potongan ceri dan bakar biskut mengikut suhu dan masa yang tertera pada resipi anda. Hasilkan saiz biskut sekata dan senang untuk diterap tanpa sakitkan tangan.