Sedapnya steamboat homemadeni! Bagi anda dan keluarga yang bercadang nak buat hidangan ini di hari cuti ni, ini ada resipi terbaik perkongsian saudari Saba Natasha yang boleh dicuba. Buat sendiri ni bolehlah makan puas-puan. Malah, boleh jimat banyak. Jika ada adik beradik atau teman rapat nak datang ke rumah, sesuai sangat buat steamboat ni. Kalau makan di restoran, harganya boleh tahan mahal. Nak cuba? Ini resipi sosyang anda kena cuba.
RESIPI SOS STEAMBOAT ALA JOHNNY’S
BAHAN-BAHAN:
10 biji cili merah (cili besar)
4 ulas bawang putih
5 sudu besar minyak bijan
5 sudu besar sos ikan
5 sudu besar cuka epal – tak ada cuka biasa pun ok
Selalunya, kalau buat air asam memang dipadankan dengan ikan bakar ataupun ikan kukus. Rasa air asam yang pedas, masam, masin dan manis ini memang buatkan nasi tambah berpinggan-pinggan.
Lauk ringkas tapi inilah yang menyelerakan. Nak tahu cara buat air asam yang menyengat? Ikuti resipi perkongsian daripada Ameeraini. Bila makan, dah tak toleh kiri dan kanan. Jom buat.
Ambil asam jawa biji separuh begini. Pakai asam jawa biji ini bila buat air asam, memang sedap.
Belacan boleh dibakar ataupun tidak, ikut citarasa masing-masing. Saya tak bakar.
Ambil secawan air suam.
Campurkan kesemua bahan ke dalam mangkuk.
Letakkan sedikit garam dan gula. Ada rasa manis, masam, pedas dan sedap.
Tenyehkan belacan tadi pada tangan.
Letakkan sos tomato dan juga sos cili.
Bancuhkan asam jawa dengan air suam. Tapiskan dan buang bijinya.
Gaulkan semua bahan tadi sehingga sebati. Inilah namanya rahsia air tangan.
Siap dan sedia dihidang.
Kukuskan ikan (jenisnya ikut citarasa masing-masing). Ini ikan bawal tambak. Kukuskan ikan yang telah diletak garam dan kunyit selama 20 minit sahaja. Bolehlah dimakan bersama air asam.
Bagi hidangan nasi ayam selain nasi dan ayam, sambalnya cukup memainkan peranan untuk membuatkan menu ini terasa sedap sempurna.
Sambal nasi ayam atau dipanggil sambal cuka ini perlu cukup rasa pedas seimbang dengan manis, masin dan masamnya. Nak hasilkan sambal sebegini haruslah ada caranya. Dikongsi oleh Rohim Ismail, ini resipi sambal nasi ayam yang sedap untuk dicuba.
Resipi sambal nasi ayam yang sedap dan tahan lama
Bahan-bahan
10 biji cili besar
1- 2 labu bawang putih
4 inci halia muda
Cuka
Garam
Gula
Cara membuatnya
1. Satukan cili, bawang putih dan halia mudah yang sudah dikikis kulit dalam mesin pengisar.
2. Masukkan cuka sehingga separuh dari bahan-bahan di atas. Kemudian kisar.
3. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
4. Kisar lagi hingga hancur atau ikut citarasa. Boleh hancur lumat atau separuh lumat.
5. Kemudian boleh simpan dalam bekas di dalam peti sejuk. Sambal ini tak dicampur dengan air supaya tahan lama. Rasanya seperti sambal nasi ayam The Chicken Rice Shop.
Sambal Kicap Mak Ros ni memang power. Kalau nak belajar buat Sambal Kicap yang sedap, inilah resipinya. Menerusi perkongsian FB saudari Zee Azean Widawati, Sambal Kicap ini adalah resipi rahsia ibunya iaitu Puan Rossilawati Bt Ya’aman dan memang disukai ramai. Nak cuba buat? Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan. Memang sedap kalau makan bersama Mi Sup, Tempe, Tauhu dan pisang goreng.
CARA BUAT SAMBAL KICAP MAK ROS
BAHAN-BAHAN:
50 biji cili padi
10 ulas bawang putih
3 sudu makan gula
Kicap secukupnya – bergantung pada kehitaman sambal yang anda nak
5 sudu makan sos cili
1 sudu makan serbuk cukup rasa
Air masak – jumlah ikut kepekatan yang dikehendaki
CARA MEMASAK:
1. Bersihkan semua bahan dan kisar hingga halus.
2. Jika guna kicap manis, boleh tambah secubit haram. Jika guna kicap masin, tak perlu tambah garam.
3. Andai mahukan sambal kicap yang pekat likat, jangan letak banyak air. Seimbangkan kepekatannya.
4. Tuang sambal kicap dalam bekas bersih dan simpan dalam peti sejuk. Ia boleh tahan berbulan-bulan.
5. Enak dinikmati bersama aneka hidangan seperti sup, makanan bergoreng dan sebagainya.
Ketahui kebaikan belimbing buluh yang menakjubkan untuk kesihatan — dari menurunkan tekanan darah hingga membantu detoks hati. Superfood tempatan yang kecil tapi penuh khasiat!