Cara Mudah Buat Puding Karamel Sedap Tanpa Guna Telur.

Share

Kuih muih dan manisan

Melayu yang sedap-sedap banyak menggunakan santan dan telur. Kadang-kadang, bagi yang ada masalah alergi terhadap telur, memang tengok saja. Terliur tapi apakan daya. Kalau dicuba juga, memang cari penyakit namanya. Bagi anda yang ada alahan tetapi teringin nak makan Puding Karamel, resipi Puding Karamel Tanpa Telur perkongsian saudari Mleisya Scarf Comel Sokmo 
ini boleh anda cuba. 

 

RESIPI PUDING KARAMEL TANPA TELUR & KURANG MANIS

 

BAHAN KARAMEL

  • 4 sudu besar gula
  • 3 sudu besar air

CARA-CARA:

  1. Satukan gula dan air. Masak guna api kecil hingga nampak perang. Ketepikan.

BAHAN PUDING:

  • 1 paket serbuk agar-agar (10gram) (beli ONLINE)
  • 4 cawan air
  • 8 sudu besar gula
  • 8 sudu besar susu pekat (beli ONLINE)
  • 1 tin susu cair
  • 2 sudu besar tepung kastard
  • 1 sudu kecik esen vanilla

CARA MEMASAK:

  1. Masukkan semua bahan puding dalam periuk.Kacau dengan api sederhana supayaadunan tak berketul.
  2. Setelah adunan mendidih dan kelihatan pekat, padamkan api.
  3. Tuang adunan ke dalam bekas acuan yang telah diisi karamel.
  4. Sejukkan puding terlebih dahulu sebelum dimasukkan ke dalam peti sejuk.
  5. Simpan dalam peti sejuk selama 3-4 jam sebelum dinikmati.

 

Kredit resipi & foto: Mleisya Scarf Comel Sokmo

 

Nak cari PETI SEJUK baru yang terbaik & ‘value for money’? RASA kongsikan buat anda seleksi pilihan terbaik. Boleh pilih DISINI.

 

Nak lebih banyak resipi best? Boleh cuba resipi di bawah ni:

https://www.rasa.my/koleksi-resipi-jeruk-boleh-buat-secara-homemade/

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

 

IKLAN