Cara Mudah Buat Kerepek Ngaku Sedap & Rangup Sempena Tahun Baru Cina

Share

Bila tiba musim perayaan Tahun Baru Cina, Ngaku (dalam Bahasa Inggeris dipanggil Arrowhead) ni memang banyak di jual di pasaraya. Ia merupakan salah satu kudapan wajib ada. Berbentuk bulat dan sedikit bertangkai, Ngaku biasanya dijadikan kerepek. Memang sedap. Nak cuba buat Kerepek Ngaku secara homemade? Boleh cuba resipi perkongsian saudari Asa Isme

ni. Memang mudah. Selamat mencuba!

CARA BUAT KEREPEK NGAKU / ARROWHEAD

BAHAN-BAHAN:

CARA MEMASAK:
1. Kupas kulit ngaku dan rendam dengan air garam. (empunya resipi tidak rendam pun)


2. Kemudian basuh bersih dan toskan ngaku hingga kering dan tiada air menitik.


3. Panaskan minyak dalam jumlah yang banyak.
4. Ambil ngaku tadi dan sagat ke dalam minyak.
5. Bila ngaku sudah kekuningan, angkat dan toskan minyak.


6. Sedia untuk dihidangkan begitu sahaja atau boleh digaul dengan sedikit garam.

Kredit resipi & foto: Asa Isme

 

INFO: Jangan buang tangkai ngaku supaya senang dipegang waktu disagat.

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

 

IKLAN