Cara Mudah Buat Kek Vanila Snow Cheese, Banyak Keju Lagi Sedap

Share

Nak kek vanilla dengan sapuan keju krim cair dan parutan keju cedar yang super sedap, ni dia resipi yang memenuhi citarasa anda.Respi yang dikongsikan oleh Bahiah Saripuddin ni boleh dicuba.

Macam senang aje buatnya. Kek Vanila tu korang boleh bakar dan kalau nak kukus pun boleh.

KEK VANILA


BAHAN-BAHAN :

Bahan kek vanilla :
Bahan A:


  • 100gm tepung gandum
  • 60gm tepung jagung
  • 1 sudu kecil baking powder

*Ayakkan sekali ketiga-tiga ini. Memang kena ayak sebab nak tepung tu halus dan cantik.

Bahan B :


  • 4 biji telur gred B
  • 2 biji telur kuning sahaja
  • 100gm gula kastor
  • 1 sudu besar ovalette
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 70gm mentega yang cair

CARA MEMASAK :
1.Pukul semua telur dan gula sehingga bagi ia putih gebu. Kemudian masukkan bahan-bahan B yang lain kecuali mentega cair, pukul sebati.



2. Baru masukkan tepung yang telah diayakkan. Kemudian akhir sekali masukkan mentega yang telah dicairkan. Pukul hingga semua gebu dan sebati



3. Bakar pada suhu 160°c selama 45-60 minit tengok pada jenis oven korang. Bakar 55 minit je dengan api atas bawah.


TOPPING CREAM CHEESE
Bahan topping :


  • 250gm cream cheese tatura
  • 60gm whipping cream dairy
  • 120gm susu pekat manis

CARA MEMASAK :

  1. Satukan semua sekali. Sehingga krim keju tak berketul.


  1. Biarlah ia cair memang macam tu, just nice cairnya


Kemudian, boleh sapu pada kek dan parutkan dengan keju cheddar. Keju parut tu lagi banyak lagi sedap dan nampak lagi cantik ‘snow’ nya.


Selamat mencuba!

kredit: bahiah saripuddin

FB : Resepi Mudah Tapi Sedap

IKLAN