Cara Mudah Buat Dadih Homemade Sedap Pelbagai Perisa

Share

Dadih homemade memang enak. Teksturnya yang lembut dan pelbagai rasa, menjadikan manisan ini kegemaran ramai terutamanya kanak-kanak. Di pasaran terdapat banyak serbuk dadih segera yang dijual. Namun, anda juga boleh hasilkannya sendiri di rumah. Lebih jimat, mudah serta sedap! Jom lihat dan cuba resipi perkongsian saudari Ros Hatimah Homebakery

ini.

RESIPI DADIH HOMEMADE

BAHAN-BAHAN:

  • 20gm agar-agar bertali
  • 23 cawan air
  • 1 cawan gula
  • 2 sudu teh garam
  • 1 tin susu pekat manis
  • 1 tin susu cair
  • 1 bungkus (200gm) krimer coffeemate

CARA MEMASAK:

1. Satukan semua bahan ke dalam periuk dan kacau sebati.

2. Buka api dan masak hingga agar-agar larut sepenuhnya. Tapis.

3. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan boleh tambah sirap atau perisa jagung bagi mempelbagaikan perisa dadih.

4. Tuang adunan dadih ke dalam bekas bersesuaian dan bekukan. Enak dinikmati sejuk.

INFO RASA: Anda bebas menambah pelbagai perisa tambahan mengikut cita rasa masing-masing. Antara yang sesuai adalah sirap, jagung, coklat, tembikai susu dan bermacam-macam lagi.

Kredit resipi & foto: Ros Hatimah Homebakery

IKLAN