Cara Mudah Buat Cendol Homemade Yang Sedap.

Share

Terasa nak makan Cendol homemade? Kalau nak lebih sedap, cuba hasilkan guna cendol yang anda masak sendiri. Pasti lagi mengancam rasanya. Minum sejuk-sejuk, memang puas hati. Nak cuba? Jom lihat resipi perkongsian saudari Najwa Abd Razak

. Sangat mudah.

 

CENDOL HOMEMADE

BAHAN-BAHAN:

  • 2/3 cawan tepung beras
  • 1/3 cawan tepung ubi
  • 1 sudu teh air kapur
  • Secubit garam
  • 800ml air
  • 1 mangkuk air berais

CARA MEMASAK:

1. Satukan semua bahan dan masa katas api sederhana hingga betul-betul kental.

2. Kemudian masukkan adunan tadi ke dalam piping bag.

3. Gunting hujung piping bag dan pici ke dalam mangkuk berisi air berais. Jika adunan panas, alas piping bag guna kain. Picit hingga adunan habis.

4. Siap! Sedia untuk dinikmati ikut citarasa. Buat cendol durian memang sedap!

 

Kredit resipi & foto: Najwa Abd Razak

IKLAN