Cara Mudah Buat Biskut Dam Sedap Hanya Guna 5 Bahan.

Share

Biskut Dam ni antara biskut raya yang menjadi kegemaran dan popular dikalangan mak dan nenek-nenek kita dahulu. Rasa sangat sedap malah nak membuatnya pun sangat mudah. Sesuai sangat bat Biskut Dam ni sambil imbau kembali kenangan raya dulu-dulu? Jom cuba resipi perkongsian saudari Saly Nata

di bawah ni. Pasti puas hati.

 

RESIPI BISKUT DAM

BAHAN-BAHAN:

  • 1 cawan marjerin pelangi
  • 1/2 cawan gula kastor
  • 1 biji telur
  • 2 1/2 cawan tepung gandum
  • 2 sudu makan tepung jagung
  • 2 sudu makan serbuk koko

 

CARA MEMASAK:

1. Kacau marjerin dan gula kastor hingga sebati dan kembang.

2. Kemudian masukkan telur. Pukul lagi hingga sebati.

3. Ayak tepung kemudian masukkan ke dalam bancuhan mentega tadi. Uli hingga sebati. Jika doh lembik, tambah sesudu demi sesudu tepung gandum sehingga tidak melekat di tangan.

4. Bahagikan doh kepada 2 bahagian. Satu dibiarkan pada adunan asal, satu lagi dicampur dengan serbuk koko. Uli sebati.

5. Canai doh satu persatu kemudian potong lebih kuran 1 cm tebal & lebar.

6. Susun kepingan doh secara berselang-seli putih dan coklat. Susun 3×3 bagi membentuk corak dam.

7. Potong doh guna benang. Susun atas dulang.

8. Bakar biskut pada suhu 165C selama 10 minit atau hingga masak. Waktu membakar mungkin berbeza mengikut jenis ketuhar.

Kredit resipi & foto: Saly Nata

IKLAN