Kebanyakan daripada suri rumah lebih cenderung membeli bahan memasak untuk stok seminggu sekali. Adakalanya untuk lebih menjimatkan masa, bahan masakan seperti sayur dan bawang akan dipotong siap-siap dan disimpan dalam peti sejuk. Ketika inilah kita berdepan dengan masalah tidak tahan lama terutama sayur yang mudah bertindak balas jika tidak disimpan dengan baik. Petua menjaga kesegaran sayur ini mungkin pilihan terbaik untuk anda cuba.

BAHAN-BAHAN:

  • Sayur
  • Plastik pembungkus aluminium (contoh plastik pembungkus keropok mini atau oat)
  • Gunting
  • Tisu

CARA-CARA:

1. Gunting bahagian atas plastik pembungkus aluminium.

2. Lap dan bersihkan permukaan dalamnya menggunakan tisu. Elakkan dari membasuh sayur menggunakan air kerana ia akan membuatkan sayur  lebih cepat busuk. Basuh bila anda sedia untuk memasaknya.

3. Kemudian masukkan sayur di dalamnya plastik pembungkus aluminium yang telah dibersihkan tadi.

4. Lipast dengan kemas dan simpan di dalam peti sejuk.