Makan

Cara Masak Sambal Sardin Terpaling Senang & Sedap, Guna Serbuk Cili Saja

Share

Bila musim hujan, hidangan sardin cukup sinonim. Makin sedap bila dimakan bersama nasi panas dan kicap. Malah hidangan ini juga selalu jadi pilihan buat keluarga yang terlibat dengan banjir. Mudah dan sedap disediakan. Bahan cuma sardin bawang dan cili kisar saja pun dah cukup.

Tapi sebenarnya ada lagi cara terpaling ringkas untuk masak sardin ini, tak perlu guna bawang atau cili kisar pun. Caranya dikongsi oleh Zurina Zulkefli

.

Menurut beliau selain cili kisar, boleh saja gantikannya dengan serbuk cili. Bawang pula hanya perlu dihiris saja.

Cara masak sambal sardin terpaling senang guna serbuk cili

Hari ini saya masak lauk sambal sardin. Mana-mana ikan dalam tin je panggil sardin. Teringat suasana mengharungi banjir besar di Kuantan, Pahang sewaktu ketika dahulu.

Saya sekeluarga bersama beberapa jiran ditempatkan di rumah tumpangan, jadi hari pertama tu memang masak sardin je la.

Takde cili kering apatah lagi blender, jadi saya guna serbuk cili babas je untuk menumis. Pertama kali cuba masak guna serbuk cili waktu banjir ini la, hasilnya memang sedap sangat, makan pula beramai-ramai.

Bahan-bahan

Bawang merah
Bawang putih
Serbuk cili
Sardin
Serbuk kunyit
Asam keping
Cili Padi

 

Cara membuat
  1. Hiriskan bawang merah dan bawang putih. Cili hijaubiarkan saja untuk digunakan sebagai hiasan.

2. Bancuh serbuk cili dengan air. Pastikan betul-betul sebati ya.

3. Panaskan minyak masak dan tumis hirisan bawang. Kalau ada hirisan halia lagi wangi.

4. Masukkan bancuhan serbuk cili dan 1 sudu serbuk kunyit. Kacau sehingga pecah minyak.

5. Dah pecah minyak, boleh masukkan ikan dari dalam tin. Masukkan sedikit air untuk lembap dan satu keping asam keping. Biar masak lama sikit untuk hilang hanyir ikan. Akhir sekali perasakan dengan garam. Kemudian masuk cili hijau.

 Siap, dihidangkan bersama telur dadar dan nasi panas.

Sumber: Zurina Zulkefli

 

IKLAN