Cara Masak Sambal Bilis Tumbuk Yang Ringkas Tapi Sedap.

Share

Sedapnya lauk Sambal Bilis Tumbuk ni. Lauk yang ringkas je tapi boleh membuatkan kita jadi berselera. Nak buat bukan susah mana pun. Hanya beberapa bahan ringkas yang dicampur dan ditumbuk sekata. Paling penting, kena guna lesung batu. Barulah power! Jom cuba resipi perkongsina saudari Adiba San

ni. Pasti puas hati.

 

CARA MASAK SAMBAL BILIS TUMBUK

BAHAN-BAHAN:

  • 2 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • Cili padi – ikut kepedasan yang dikehendaki
  • 2-3 tangkai cili merah
  • Sedikit belacan
  • 1 biji tomato
  • Limau nipis
  • Ikan bilis goreng secukupnya
  • Garam secukup rasa

 

CARA MEMASAK:

1. Potong kasar bahan-bahan diatas (kecuali limau nipis) dan goreng hingga layu.

2. Kemudian tumbuk kesemuanya hingga lumat. Perah jus limau nipis.

 

3. Kacau rata. Siap untuk dinikmati.

Kredit resipi & foto: Adiba San

IKLAN