Sedapnya Parpu Telur dan Ayam Masak Ros ni. Kalau nak masak untuk saiz hidangan kecil, mungkin mudah. Namun macam mana pula kalau masak kedua-dua lauk ni untuk kenduri kecil-kecilan seperti majlis ‘reunion’ bersama kawan-kawan? Rasa Projek Gerenti Jadi yang dihoskan Aunty Aini dan Rozita Che Wan ada resipinya. Jom cuba.

1. PARPU TELUR

Cara Masak Parpu Telur & Ayam Masak Ros Untuk Majlis Reunion Dalam Rasa Projek Gerenti Jadi Episod 1.

BAHAN-BAHAN:
5 liter air
1/2 kg kacang dal
20 biji ubi kentang | dipotong
10 biji bawang merah besar | hiris
10 ulas bawang putih | hiris
1 paket kecil serbuk kunyit
50 biji telur
1/2 kg kacang panjang | hiris
1/2kg tomato | hiris
1 kotak santan pekat
Garam secukup rasa

BAHAN TUMIS DARAT:
2 biji bawang merah besar | hiris
5-6 ulas bawang putih | hiris
50gm halba campur
Segenggam daun kari
Minyak masak secukupnya

IKLAN

CARA MEMASAK:
1. Masukkan air ke dalam periuk dan biarkan mendidih.
2. Kemudian masukkan kacang dal, ubi kentang, bawang merah, bawang putih dan serbuk kunyit. Masak hingga kentang empuk.
3. Kemudian masukkan telur satu persatu. Masak dan pastikan kuning telur tidak pecah.
4. Seterusnya masukkan hirisan kacang panjang dan juga tomato.
5. Tambahkan santan dan perasakan dengan garam secukupnya. Kacau perlahan hingga sebati.
6. Dalam kuali berasingan, panaskan minyak dan tumis bahan tumis darat hingga wangi.
7. Masukkan bahan tumis darat bersama dengan minyak tumisannya. Kacau dan sedia untuk dinikmati.

https://www.facebook.com/majalahrasa/videos/vl.463645574371527/324716635132194/?type=1

2. AYAM ROS

IKLAN

Cara Masak Parpu Telur & Ayam Masak Ros Untuk Majlis Reunion Dalam Rasa Projek Gerenti Jadi Episod 1.

BAHAN-BAHAN:
4-5 ekor ayam | potong kecil dan goreng separuh masak
1 genggam rempah empat sekawan ( kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan bunga cengkih)
5 biji bawang merah besar | hiris
10 ulas bawang putih | kisar
2 inci halia | kisar
5 batang serai | kisar
5 batang serai | ketuk
500gm cili kering | kisar
5 biji tomato | belah 4
15 biji cili merah | kisar
4 tin sup tomato
Garam dan gula secukup rasa
1 kat daun pudina
4 tin susu sejat cair
½ kg minyak masak

CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak dan masukkan rempah empat sekawan dan hirisan bawang merah.
2. Kemudian masukkan kisaran bawang putih, halia, serai dan juga serai yang telah diketuk. Tumis hingga wangi.
3. Seterusnya masukkan cili kering kisar, tomato dan cili merah yang dikisar. Kacau dan masak hingga seketika.
4. Masukkan sup tomato dan gaul semua bahan hingga mendidih dan pecah minyak. Perasakan dengan garam dan gula dengan secukup rasa.
5. Masukkan ayam yang telah digoreng separuh masak. Gaul sebati.
6. Masukkan daun pudina untuk menaikkan bau.
7. Tuang susu sejat cair sedikit demi sedikit untuk melemakkan juadah. Biarkan mendidih seketika. Sedia untuk dinikmati.

IKLAN

https://www.facebook.com/majalahrasa/videos/334107753972849/

JOM TONTON RASA PROJEK GERENTI JADI
Jangan lupa saksikan rancangan terbaru; Rasa: Projek Gerenti Jadi yang menampilkan selebriti tersohor Rozita Che Wan dan Aunty Aini sebagai hos. Dalam setiap episod mereka akan bersama tetamu jemputan yang akan memasak lauk pauk enak dalam kuantiti yang banyak. Sesuai anda cuba masak untuk sebarang majlis kenduri atau keraian.

Cara Masak Parpu Telur & Ayam Masak Ros Untuk Majlis Reunion Dalam Rasa Projek Gerenti Jadi Episod 1.

Jadi jangan lupa tonton rancangan Rasa: Projek Gerenti Jadi, setiap hari Isnin jam 12 tengah hari hanya di slot Dewi disaluran Astro Prima (105) dan Astro Prima HD (121).

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI