Cara Masak Paprik Ayam Yang Sedap & Pekat Sama Seperti Di Kedai Thai

Share

Rindu nak makan paprik ayam di kedai Thai? Kini anda boleh je masak sendiri di rumah. Menurut empunya resipi, puan Nurbaizura Sani, masakan anda tentunya lebih sedap dari yang dijual di kedai Thai. Anda boleh cuba resipi ini. Nak buatnya pun tidaklah susah. Selamat mencuba!

PAPRIK AYAM

 

BAHAN-BAHAN:

  • Ayam bahagian dada
  • Sedikit serbuk kunyit (beli online DISINI
    )
  • Garam
  • Kacang panjang
  • Bawang besar
  • Cili besar

 

BAHAN-BAHAN SOS:

  • 3 biji bawang merah | ditumbuk (beli online DISINI)
  • 5 biji bawang putih | ditumbuk (beli online DISINI)
  • 1 inci halia | ditumbuk (beli online DISINI)
  • Serbuk cili (beli online DISINI)
  • 1 batang serai (beli online DISINI)
  • Daun limau purut (beli online DISINI)
  • Sos tiram (beli online DISINI)
  • Sos cili (beli online DISINI)
  • Kicap manis (beli online DISINI)

 

CARA MEMASAK:

1. Gaulkan ayam dengan kunyit dan garam. Kemudian, goreng ayam separuh masak dan ketepikan.

 

2. Tumiskan bahan yang ditumbuk, serbuk cili, serai dan daun limau purut. Tumis sehingga garing.

 

3. Kemudian, masukkan air dan tambah sos cili, sos tiram dan kicap.

4. Tambah garam dan perasa.

5. Apabila sudah pecah minyak sempurna, masukkan ayam yang telah digoreng tadi bersama kacang panjang, bawang besar dan cili besar.

 

6. Gaul hingga sebati. Siap!

 

Kredit resipi & foto: Nurbaizura SaNi

 

Jika anda mahu beli KUALI NON STICK, boleh klik DISINI.

 

Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official:

IKLAN