Cara Masak Nasi Goreng Kampung Dengan Sayur Kubis. Di Hias Ikan Bilis Rangup & Telur Mata Yang Memikat

Share

Nasi goreng sesuai dihidangkan tidak kira masa antara sarapan, makan tengah hari atau makan malam. Nasi goreng kampung mesti pedas sebab lagi sedap dan ada ikan bilis rangup.

 

NASI GORENG KAMPUNG DENGAN SAYUR KUBIS

BAHAN-BAHAN:

  • 7 Senduk besar nasi putih
  • 20 Biji cili padai(Ikut Selera Pedas Yee)
  • 2 Biji telur
  • Sos Tiram
  • 2 Biji bawang merah
  • 8 Ulas bawang putih
  • Sedikit belacan
  • 4 Sudu makan minyak
  • Kubis (Boleh tukar sawi)
  • Ikan bilis ( Kopek & bersihkan)
  • Isi Ayam / Daging

 

CARA MEMASAK:

1. Tumbuk bahan-bahan asas cili padi, ikan bilis, bawang putih dan belacan. Akhir sekali bawang merah sebab berair.

 

2. Panaskan minyak dan goreng isi ayam. Bila sudah garing boleh angkat dan toskan.

 

3. Guna minyak yang sama tdai. Tumis bahan-bahan yang sudah ditumbuk. Tumis sampai garing dengan api sederhana.

 

4. Ini pilihan, pecahkan telur biarkan seketika dan kacau hingga hancur.

 

5. Selepas itu masukkan sos tiram dan garam. Gaul sebati dan biarkan tumis dalam 2 minit.

 

6. Masukkan isi ayam yang digoreng tadi serta sayur kobis. Boleh tukar atau tambah sayur ikut kesukaan anda.

 

7. Kacau rata dalam 1-2 minit biar kering sedikit dengan api sederhana supaya tidak hangit.

 

8. Akhir sekali masukkan nasi putih. Kacau rata dalam 3 atau 4 minit. Siap boleh dihidangkan.

 

INFO: 

1. Sebelum masak simpan nasi dalam peti sejuk dalam 10-15 minit supaya nasi yang untuk digoreng tidak lembik.

2. Hidangkan dengan  taburan  ikan bilis rangup dan telur mata.

 

KREDIT RESIPI & GAMBAR: Siti Nur Sahida Ibrahim

 

ANDA MUNGKIN MENYUKAI RESIPI INI:

http://www.rasa.my/nasi-goreng-usa-gabungan-lengkap-padat-dengan-rasa-terbaik/

http://www.rasa.my/puas-masak-sendiri-nasi-goreng-sotong-belacan-ikan-bilis-pedas-menyengit/

http://www.rasa.my/layan-makan-nasi-goreng-ikan-cili-tumbuk-sedap/

IKLAN