Resipi kuah Sup Siam yang biasa dinikmati bersama kuetiau, bihun atau mi. Memang sedap dan layan habis. Resipi yang dikongsi oleh saudari Nur Ramizah ini adalah untuk sajian keluarga bersaiz 5-6 orang makan. Mudah, enak malah tak guna banyak belanja. Sesuai juga dihidangkan buat tetamu yang datang berkunjung. Selamat mencuba!
  
 RESIPI KUETIAU SUP SIAM SEDAP & MUDAH
 BAHAN-BAHAN:
  - Kuetiau/ bihun/mi – dicelur


 BAHAN KUAH SUP SIAM
  - 4 ketul dada ayam
- 1/2 kg kaki ayam
- 2 inci halia – dititik
- 2 batang serai  – dititik
- 1 inci lengkuas  – dititik
- Sos tiram secukupnya
- Sos sotong secukupnya
- Kicap secukupnya
- 2 kiub pati ayam
- 1 kiub pati ikan bilis
- Daun ketumbar & akar ketumbar
- 2 biji bawang besar
- 3 ulas bawang putih
- Rempah 4 sekawan ( kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih & buah pelaga)
BAHAN SAMPINGAN:
  - Kacang tanah tumbuk – kacang digoreng tanpa minyak, dibuang kulit dan dikisar halus.
- Air lada – segenggam cili melaka, 2 ulas bawang putih dan sedikit cuka dikisar halus.
- Cili potong – Potong cili hijau kemudian campur dengan sos sotong dan sedikit cuka. Sedia untuk dinikmati.
- Emping cili kisar – boleh beli di pasaraya
- Fish ball, fish cake dan sayur kangkung – dicelur
- Tauge


  
 CARA MEMASAK:
  -  Untuk menyediakan sup, rebus ayam bersama akar ketumbar, daun ketumbar, kiub pati ayam dan kiub pati ikan bilis.
-  Kemudian masukkan halia, serai, lengkuas, sos sotong, sos tiram dan kicap.
-  Masukkan garam dan sedikit gula secukup rasa. Rebus hingga ayam empuk.
-  Dalam kuali berasingan, tumis bawang besar, bawang putih, bunga lawang, bunga cengkih, kayu manis dan buah pelaga hingga garing dan wangi.
-  Kemudian masukkan bahan tumis garing ke dalam periuk sup dan masak dalam 5 minit. Padamkan api. 
-  Ambil kuetiau, masukkan ke dalam mangkuk bersama fishball, fish cake, tauge dan kangkung. Tuang sup secukupnya.
- Tabur kacang tumbuk, emping cili, air lada dan cili potong sebelum dinikmati.


 Kredit resipi & foto: Nur Ramizah