Cara Masak Garlic Nan Homemade Yang Sangat Mudah & Sedap

Share

Garlic Nan homemade atau Roti Nan Bawang Putih ni memang sangat sedap kalau makan panas-panas. Jika kena yang betul-betul padu, makan tanpa kuah pun dah cukup membuka selera. Untuk menikmatinya, kebanyakkan kedai-kedai makan mamak ada menjual menu ni. Tapi, kalau susah nak jumpa yang sedap & kena selera, puan-puan boleh cuba buat sendiri secara homemade. Sangat mudah dan guna bahan-bahan yang senang dicari. Jom lihat resipi perkongsian saudari Amie Samuri

ni. Sekali cuba pasti puas hati.

 

RESIPI GARLIC NAN HOMEMADE YANG SANGAT SEDAP

 

BAHAN-BAHAN DOH:

  • 3 cawan tepung gandum
  • 1 sudu makan yis
  • 1 sudu makan susu pekat manis – boleh abaikan
  • 1 sudu makan gula
  • 1 1/4 cawan air
  • 1 sudu teh garam
  • 1 sudu teh RFB atau sebarang pelembut roti (bread improver) – RFB adalah agen untuk menggantikan bread improver yang diperbuat daripada bahan berasaskan tumbuhan.
  • 4 sudu makan minyak zaitun / minyak masak

BAHAN SAPUAN:

  • Mentega
  • Bawang putih cincang
  • Daun ketumbar atau parsley cincang secukupnya

CARA MEMASAK:

1. Satukan semua bahan doh dan uli sehingga agak licin.

2. Perap doh hingga naik 2 kali ganda. Tumbuk buang angina dan canai nipis.

3. Rehatkan doh selama 5 minit.

4. Satukan mentega dan bawang putih. Gaul sebati dan sapukan pada doh tadi. Tabur daun ketumbar atau parsli dengan secukupnya.

5. Masak doh menggunakan kuali non-stick dan tutup penutup periuk.

6. Bila dah keperangan, terbalikkan dan masak sebelah lagi hingga keperangan.

7. Angkat dan sedia untuk dinikmati.

INFO: Jika tiada pelembut roti (bread improver), boleh gantikan dengan 1 sudu teh baking powder atau double action powder untuk dapatkan tekstur roti yang lembut walaupun sejuk.

 

Kredit resipi & foto: Amie Samuri

IKLAN