Daging salai memang sedap kalau buat Masak Lemak Cili Api. Terasa bau asap dalam kuah, lagi terangkat! Jika tiba-tiba teringin nak makan lauk daging salai tapi susah nak jumpa orang yang jual, cara dibawah ni anda boleh cuba. Kaedah ini sesuai dipraktikkan oleh anda yang tinggal di rumah-rumah tinggi macam kondominium dan apartmen. Maklumlah, kawasan tanah tak ada. Macam mana nak nyalakan arang. Betul tak? Jadi ini ada cara yang boleh dicuba.
RESIPI DAGING SALAI HOMEMADE
Ads
BAHAN-BAHAN:
Daging – sebaiknya daging batang pinang
Garam & serbuk kunyit secukupnya
Daun pisang
CARA MEMASAK: 1. Potong daging kepada kepingan yang bersesuaian. Rebus seketika dan jangan terlalu lama. Takut manis daging hilang. Anda perlu rebus jika guna daging bukan batang pinang. Jika guna daging batang pinang, tak perlu rebus. 2. Toskan dan gaul daging tadi dengan serbuk kunyit dan garam secukupnya. 3. Ambil pemanggang dan alaskan dengan daun pisang di dasarnya. Susun daging yang telah dilumur kunyit garam tadi. 4. Terbalikkan daging supaya masak sekata. 5. Setelah air daging berhenti menitis, alihkan lapik pemanggang tadi dan bakar daging menggunakan api. Ia bertujuan untuk dapatkan rasa dan bau hangus pada daging. 6. Angkat dan hiris nipis. Sedia untuk dimasak mengikut citarasa anda. Paling best, Masak lemak Cili Api lah!Selamat mencuba!
Sup Ayam Mamak resipi perkongsian saudari Hajal Aishah Zakirai ni memang terbaik. Panas, pekat dan cukup perisa. Memang layan habis! Jika keluarga anda sukakan hidangan bersup, menu ini wajib untuk anda cuba.
Anda penggemar ayam goreng? Dapat yang garing memang layan habis! Tapi kalau beli dari restoran makanan segera, harganya memang mahal. Makan pun tak puas. Nah, cuba resipi bancuhan tepung ayam goreng ni. Boleh buat sendiri. Lagi jimat dan boleh makan banyak-banyak.
Tak dinafikan setiap negeri ada keistimewaan masakan popular tersendiri. Bagi negeri Kelantan, gulai adalah juadah istimewa yang ada dalam senarai menu makanan di sana.
Bagi orang Kelantan, gulai dan kari adalah dua menu yang berbeza. Untuk dapatkan hasil gulai yang cantik, ada pelbagai tips dan petua yang diamalkan orang dulu-dulu.
Menerusi perkongsian daripada cikgu Afy AL Habibi, dia menggunakan ilmu masakan yang ada dan juga diwarisi daripada ibunya.
Menyimpan hasrat agar resipi ini terus terpelihara dan dapat dipanjangkan kepada generasi akan datang, cikgu Afy berkongsi 7 tips awal untuk menggulai ayam. Kena ikut betul-betul untuk hasil akhir gulai ayam yang menjadi luar biasa kesedapannya.
TIPS PERTAMA Sediakan bahan kisar seperti dalam gambar. Resipi untuk 2 ekor ayam:
TIPS KEDUA Panaskan minyak secukupnya. Tumis terlebih dahulu 4 sekawan. Lagi satu boleh tambah bunga daun kaduk.
TIPS KETIGA Pastikan bahan yang dikisar ditumis sehingga naik bau. Barulah cikgu masukkan 1/2 sudu besar cili kisar sendiri.
TIPS KEEMPAT Tips paling penting; untuk mendapatkan rasa gulai kari Kelantan, gunakan serbuk rempah kari timbang dari sana. Masukkan 7 sudu besar. Tumis dalam api paling perlahan.
TIPS KELIMA Masa ni kena tumis betul-betul. Barulah rempah wangi dan tahan lama. Biarkan rempah garing sehingga terbit sedikit minyak. Guna api paling perlahan ya.
TIPS KEENAM Selepas rempah garing, masukkan 2 ½ cawan air. Kemudian perasakan dengan nise kampung. Kebanyakan penjual nasi atau orang Kelantan rata-ratanya akan masukkan nise sebagai tambahan pemanis dan penyedap rasa. Masukkan pula 1 ½ sudu besar garam bukit sebagai perasa peringkat pertama.
TIPS KETUJUH Renehkan pes seperti dalam gambar selepas ditambahkan air asam jawa sebanyak 1 gelas besar. (1 gelas air + 1 sudu teh asam jawa). Jika betul tumisannya, pes gulai ayam menjadi wangi semerbak dan lambat basi gulainya.
RESIPI GULAI AYAM KELATE SPECIAL
(untuk kuantiti 6-7 ketul ayam)
BAHAN KISAR:
2 biji bawang merah saiz bola pingpong 1 ulas bawang putih saiz kecil 3 hiris nipis serai 1/2 hiris nipis lengkuas 1/2 hiris nipis halia 1/2 sudu besar ketumbar+jintan manis
1. Panaskan sedikit minyak. Masukkan 4 sekawan. Kemudian tuang bahan kisar tadi.
2. Selepas tumisan bawang naik bau, masukkan 1/2 sudu besar cili kisar.
3. Sediakan campuran rempah gulai yang menjadi rahsia gulai ayam lebih sedap. Masukkan ke dalam periuk. Gunakan api perlahan. Kacau sehingga terbit sedikit minyak.
4. Barulah masukkan 1 cawan air. Kemudian, masukkan perasa peringkat pertama (nise, garam, perasa). Kacau rata. Tutup seketika periuk. Biarkan pes pecah minyak begini kira-kira 3-5 minit dalam api perlahan.
5. Susun ayam yang telah dikelar dan balik-balikkan bersama pes tadi. Tutup periuk dan biarkan ia mereneh dalam api perlahan. Air akan keluar dari proses kecutan ayam. Proses ini disebut ‘palo awah’ dalam bahasa Kelantan.
6. Disebabkan saya masukkan sekali kaki ayam, maka proses mereneh jadi lama. Air akan mengering sebelum kaki ayam empuk. Maka tambahan secawan air ditambah untuk memastikan kaki ayam empuk dengan baik.
7. Boleh tengok isi pada kaki ayam sedikit lekang. Barulah boleh tambah santan. Masukkan sedikit air untuk menghasilkan kepekatan kuah yang cantik.
8. Jangan lupa masukkan sedikit kerisik untuk menambahkan lagi kesedapan gulai. Perasakan buat kali kedua; garam, gula yang disesuaikan kuantiti mengikut citarasa sendiri.
9. Biar kuah masak sehingga mendidih beberapa kali dalam api perlahan sebelum ditutup apinya. Siap.
10. Nanti makanlah nasi bungkus buat macam ni. Ada sayur taugeh, sambal lada jantan, daging goreng sekali. Perghhh. Sedapnya memang sampai ke bulan. Selamat mencuba.