Cara Masak Daging Masak Merah Yang Sedap Macam Di Kedai Tomyam

Share

Salah satu menu yang wajib dimakan kalau ke kedai Thai adalah daging masak merah. Tak tahulah kenapa tetapi daging masak merah di kedai Thai memang sedap dan warnanya juga menarik. Satu lauk pun dah cukup sebenarnya. Kalau tekak rasa nak makan menu ni, boleh cuba resipi yang dikongsi oleh Zetty Azikin Abdullah ini. Lepas ni boleh masak sendiri sahaja di rumah.

DAGING MASAK MERAH

 

BAHAN-BAHAN:

  • 1 kg daging | direbus dan dihiris. Rendam dengan pewarna merah dahulu dan barulah hiris daging.
  • 3 sudu cili kisar
  • 3 sudu sos tiram – beli online DISINI
  • 3 sudu sos cili – beli online DISINI
  • 6 ulas bawang putih | diketuk beli online DISINI
  • 8 biji cili padi merah
  • 5 helai daun limau purut – beli online DISINI
  • 1 cawan air
  • Pewarna merah
  • Garam
  • Gula
  • Serbuk perasa

BAHAN SAYUR:

  • Bawang holland
  • Lobak merah
  • Lada benggala merah
  • Bunga kobis
  • Kacang panjang
  • Boleh juga guna apa sahaja sayur mengikut cita rasa

 

CARA MEMASAK:

1. Tumis cili kisar sehingga garing. Bila dah garing, masukkan bawang putih dan cili padi.

 

2. Kacau seketika dalam 2 hingga 3 minit. Kemuudian masukkan sos tiram dan sos cili.

 

3. Masukkan sayur dan daun limau purut.

 

4. Kacau dan masukkan secawan air.

 

5. Masukkan daging dan kacau hingga sebati. Boleh masukkan sedikit pewarna merah.

 

6. Akhir sekali, masukkan bawang, garam, gula dan serbuk perasa. Kacau lagi dalam 2 hingga 3 minit. Siap!

 

Kredit resipi & foto: Zetty Azikin Abdullah

 

Anda mencari KUALI NON STICK? Boleh cari DISINI.

 

Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:

https://www.rasa.my/daging-goreng-cili-api-senang-bak-hang/

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official:

IKLAN